I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Thursday, May 21, 2009

DASAR PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA 2

Assalamualaikum, kembali lagi kita membincangkan mengenai dasar pendidikan Islam di negara kita ini. Semua sedia maklum bahawa sistem pendidikan kita ini adalah sistem yang dicanang oleh penjajah bagi memastikan negara jajahannya akan mengikut telujuk mereka. Kita perlu sedar bahawa walaupun negara kita telah merdeka tapi hakikatnya jiwa dan raga kita masih lagi dijajah. Penerapan sistem pendidikan barat telah banyak memberi kesan kepada tahap pemikiran rakyat negara kita.

Matapelajaran Islam dengan matapelajaran lain telah dipisahkan seolah-olah ia tidak ada hubung kait pun. Padahal pada hakikatnay semua ilmu tersebut ada hubung kaitnya dengan Islam. Pendidikan pondok telah dilemahkan fungsinya sedangkan ramai cendikiawan Islam yang lahir dari istitusi yang tertua di Malaysia ini. Masyarakat telah diracuni pemikiran mereka dengan mendakwa sistem pendidikan pondok ini tidak ada masa depan dan hanya layak untuk golongan yang miskin dan orang kampung sahaja.

Sistem pendidikan barat diagungkan. Mereka pendakwa hanya pendidikan barat sahajalah yang akan membawa kemajuan sesebuah negara. Sistem yang berlandaskan peperiksaan semata-mata telah menjadi pilihan masyarakat. Natijahnya pelajar itu hanya cemerlang dalam pelajaran tetapi gagal dari sudut akhlak dan moral. Ini berpunca daripada tidak ada penerapan yang khusus dari sudut pendidikan Islam. Pendidikan Islam hanya dijadikan syarat semata-mata bagi mengaburi mata masyarakat.......

sama-sama kita renungkan!!!!

Wednesday, May 13, 2009

DASAR PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

Pendidikan Islam menjadi tonggak kepada anak2 kita dalam membentuk sahsiah diri. Apa yang menjadi persoalan adakah sistem atau dasar pendidikan Islam di Malaysia ini adalah yang terbaik dan mampu untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia.

Hakikatnya, kajian menumjukkan lebih 70% daripada remaja kita yang terlibat dengan gejala sosial. Ini bermakna dalam 10 pelajar hanya seorang sahaja yang tidak terlibat dengan gejala sosial.

Amat menyedihkan........

Adakah kita masih mampu mengukir senyuman apabila kita melihat statistik tersebut, marilah kita sama2 mengkaji apakah dasar pendidikan Islam yang diterapkan oleh kerajaan masih relevan atau perlukan anjakan paradigma untuk mengubah dasar tersebut yang sudah terbukti GAGAL!!!

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati.....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku....mak
Yang selalu puji aku.....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri.....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat.....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... .
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

Saturday, May 2, 2009

ISLAMKAH KITA???

Islamkah kita???
Jika pakaian Barat kita bangga-banggakan

Islamkah kita???
Jika makanan Barat yang kita idam-idamkan

Islamkah kita???
Jika budaya barat yang kita agung-agungkan

Islamkah kita???
Jika hiburan barat yang kita gila-gilakan

Islamkah kita???
Jika hudud di saman kita biar-biarkan

Islamkah kita???
Jika Islam di cabar kita pekak-pekakan

Islamkah kita???
Jika maruah Islam di hina kita rela-relakan

Islamkah kita???
Jika pemerintah zalim kita biar-biarkan

Islamkah kita???....