I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Thursday, June 25, 2009

PENGENALAN EKONOMI ISLAM

Islam merupakan agama samawi yang lengkap meliputi segala aspek dalam pelbagai samada dari aspek kerohanian, kebendaan dan jasmani. Islam bukan sahaja merupakan akidah semata-mata tetapi ia juga meliputi peraturan mengenai politik, ekonomi dan kemasyarakatan. Rasulullah saw sendiri melaksanakan pemerintahan di Madinah Al-Munawwarah yang meliputi aspek-aspek ekonomi seperti mengadakan pasar muamalat secara Islam. Dari sini ekonomi Islam telah berkembang berdasarkan syariat Islam bagi membentuk peradaban dunia yang beretika dan berakhlak tinggi. Islam menyediakan sebuah sistem ekonomi yang sempurna di dalam mempergunakan sumber-sumber yang dikurniakan oleh Allah bagi memenuhi keperluan-keperluan yang dikehendaki oleh semua manusia, serta menyediakan keadaan-keadaan yang dapat menjadikan kehidupan ini lebih selesa. Islam menganggap kekayaan sebagai satu amanah dari Allah dan mestilah digunakan dengan baik kerana ia adalah satu ujian akidah dan pemilikan manusia hanya sebagai pemegang amanah, yang diamanah dengan tujuan mencapai objektif-objektif Allah. Dua objektif yang terpenting ialah kesejahteraan manusia sejagat dan keadilan sosioekonomi.

Ekonomi Islam

Kedatangan Islam sejak 14 kurun yang lalu telah membawa asas-asas dan panduan yang lengkap bagi membentuk dan melaksanakan ekonomi Islam walaupun nas-nas al-Quran mengenainya adalah secara umum kecuali nas-nas mengenai harta pusaka yang diturunkan secara detail dan lengkap. Ekonomi ini telah dilaksanakan pada pemerintahan baginda Rasulullah, pemerintahan para khulafa’ al-Rasyidin dan pemerintahan selepas itu. Maksud ekonomi Islam ialah pembinaan etika pengurusan ekonomi yang bertepatan dengan syarak dan asas-asas ekonomi.

Dari segi istilah ekonomi Islam terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

Pertama : Asas-asas tetap yang dikenali sebagai ‘ideologi’ yang merupakan asas-asas yang telah dijelaskan dalam al-Quran yang sewajibnya manusia patuhi. Ia merupakan perkara yang tetap dan tidak akan berubah walaupun dengan perubahan masa, keadaan dan tempat.

Kedua : Asas-asas yang berubah yang dikenali ‘sistem pengurusan’. Prinsip ini berdasarkan etika pengurusan ekonomi dan peraturannya. Ia merupakan pola-pola yang yang boleh berubah mengikut situasi keadaan, masa dan tempat serta keperluan masyarakat dan negara. Perkara ini adalah berkaitan dengan cara perlaksanaan, pengurusan bagi membina ekonomi Islam dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat yang sentiasa berubah.

Sunday, June 21, 2009

RINTIHAN ABANG BURGER

Selesai solat magrib tiba-tiba aku disapa oleh seorang sahabat mengajak aku ke maydin kat kajang. ooo... baru aku teringat petang tadi aku yang ajak dia ke maydin nak survey alat2 untuk berniaga 'pasar malam'.

pasar malam!!! satu langkah drastik yang diputuskan oleh ajk LEP untuk meningkatkan dana persatuan. Cadangan yang pada mulanya agak sukar diterima tetapi akhirnya diterima sebagai langkah drastik untuk mendapatkan dana. Masih segar diingatanku sindiran dan senyum sinis sahabat2ku apabila aku maklumkan pasal nak berniaga pasar malam. ah..!! pedulikan sindiran mereka, nanti korang tahu la hasilnya, kataku dalam hati...

Kembali kepada cerita tadi, sebenarnya ketika aku menulis ini, aku baru sahaja sampai kat rumah sewa setelah puas meronda surver2 harga. Akhirnya aku gagal untuk mendapatkan kata putus setelah pencarian yang agak lama. Esok aku cuba lagi...

Sebelum sampai rumah aku singgah sekejap kat gerai abang menjual burger di tepi jalan setelah perutku ini meronta2 pohon untuk diisikan. Aku penuhi permintaannya. Sampai di gerai tersebut maka aku menempah burger ayam satu. Ketika abang burger( x sempat nak tanya nama) sedang menyiapkan pesananku sambil diperhatikan oleh anaknya yang setia menunggu tiba2 aku terpandang generator yang menghidup lampu gerai tersebut. Baru aku terfikir nak berniaga pasar malam kena ada benda ni, kalau x bergelap la nampaknya. Tiba2 mulut ni gatal pula nak bertanya abang burger pasal harga benda tu.

Sambil meneruskan membuat burger yang aku tempah, abang burger memberitahu harga benda tu RM300 ( made in China), agak mahal bagi aku tapi abang burger kata itu yang termurah sebab buatan China. Katanya," alah beli murah2 ni dapat guna sebulan dua ok la, asalkan balik modal" . Ada benar jugak kata2 abang burger ni. Apa guna beli mahal2 tapi x balik modal.....

Ketika aku sedang asyik melihat anak lelakinya bermain-main di tepi gerai, tiba2 abang burger berbicara, katanya, " sekarang ni susah sangat nak cari makan, ekonomi tak menentu" . Mendengar rintihan abang burger menyebabkan hati aku tertanya-tanya kenapa tiba2 abang burger berkata sedemikian.Setelah berborak2 akhirnya aku mendapat jawapannya. Rupa-rupanya abang burger baru sahaja diberhentikan kerja setelah 17 tahun berkhidmat sebab kilang dah tutup. Katanya lagi sekarang ni dia terpaksa bekerja sebagai penjual burger untuk menampung isteri dan anak2. Aku menjadi sedih apabila abang burger memberitahu bahawa isteri dia pun jual burger jugak tapi kat kawasan lain. Anak2 pun turut sama menjual burger. Katanya, " biasalah dik nak cari rezeki, terpaksalah".

Setelah siap burger yang aku tempah, aku terus beredar sambil hatiku berdoa semoga Allah s.w.t murahkan rezeki abang burger dan keluarganya.........

Friday, June 12, 2009

KAHWIN VS BELAJAR

Salam ukhwah, mungkin sahabat2 agak terkejut dan bosan apabila membaca tajuk diatas, anggaplah isu yang saya utarakan ini sebagai senaman minda di hujung minggu.....

Kita sering mendengar nasihat dari orang tua atau ibu bapa kita, "kalau nak kahwin habiskan belajar dulu,"... ada yang lebih keras, " tak payah gatal2 nak kawin, habiskan belajar dulu!!!".....

Persoalan ini sering diborakkan dikalangan mahasiswa, sekali pikir betul jugak kata2 tu tapi jika dipikir2kan balik ada jgk yang x betulnya, apa pulak pandangan anda????

Pandangan bahawa habiskan belajar dulu baru kawin ini pada hemat saya perlu diperbetulkan, melihat keadaan sosial masyarakat kita sekarang ini , agak gerun untuk saya perkatakan, sangat..sangat..sangat membimbangkan,

Jadi salah satu jalan penyelesaiannya, bagi yang dah berpunya digalakkan berkahwin bagi mengelakkan sebarang masalah, jangan terlalu fobia dengan kata2, " kau nak bagi makan isteri kau dengan apa? makan pasir....." mansuhkan kata2 ini , dah x relevan lagi masa sekarang ni, apa yang penting sekarang ialah kita dapat menjaga akhlak kita daripada terikut oleh kepincangan masyarakat sekarang...

Dalam Islam dengan perkahwinan dapat menyelesaikan banyak masalah, rezeki,ajal dan maut Allah yang tentukan, jangan difikirkan sangat walaupun masih belajar, teruskan hajat dihati, mungkin pada permulaan banyak dugaan yang akan ditempuh tapi percayalah dugaan itu akan menjadi bukti kesetiaan kita terhadap pasangan kita,
a
Mungkin pandangan saya ini ada Pro & Kontra, tapi saya tetap dengan prinsip "kahwin tidak semestinya selepas belajar".......