PRODUK ISIUKM

Dialog antara dua insan yg berkasih kerana Allah dengan syaitan…….

|

Kisah bermula apabila Azman yang menjalin ikatan pertunangan dengan Aisyah melalui proses yang agak ketat ketika masing2 masih belajar di sebuah kampus di Lembah kelang. Maka bermulalah konflik dalam diri Azman dan Aisyah. Apakah yang tindakan seterusnya setelah selesai majlis pertunangan yang melibatkan keluarga masing2. Maka bermulalah dialog tersebut…….

Azman : apa yang patut aku lakukan sekarang, Aisyah dah menjadi tunanganku(bisik hati kecilnya)

Syaitan : apa kau nak fikirkan lagi mesej la tanya khabar, kalau x pun call terus, boleh dengar suara….

Azman : aaah….. aku x akan berbuat demikian, aku dah berjanji dengan diriku tidak akan mesej selagi belum ada ikatan yang sah.

Syaitan : tapi kau dah bertunang, x salah la kalau kau mesej atau call dia, dia dah jadi milik kau.

Azman : tidak sama sekali, aku tetap dengan prinsipku. Aku ingin mewujudkan hubungan yang diberkati Ilahi.

Syaitan : alah! X salah kalau tanya khabar je.. kau x rindu dia ke?

Azman : ai…tipula kalau x rindu…

Syaitan: habis tu mesej la dia

Azman kebingungan………………..

Aisyah : kenapa yer rasa lain macam je ni (hati kecilnya berkata2)

Syaitan : mesti kau rindukan Azman ni, kau kan tunang dia.

Aisyah : betul la, rasa rindu semakin membuak-buak ni, apa yang aku harus lakukan???

Syaitan : kau mesej la kat dia, tanya khabar..

Aisyah : mana boleh aku dah janji dengan dia x akan mesej selagi belum ada ikatan yang sah..

Syaitan : alah! Apa la sangat dengan janji tu, mesej je la

Aisyah : betul jgk tu, mesej je kan bukan apa2 pun

Syaitan : bagus3

Ketika jari jemari cuba hendak menekan buton henset tiba2 dia teringat pesanan ustaz Razali(pensyarah yang menjadi mentoonya), katanya: “ sesungguhnya berhati2 lah kamu ketika berkomunikasi antara lelaki dan perempuan kerana syaitan akan sentiasa menghasut untuk menyesatkan kaum nabi adam. Tersentak dengan kata2 tersebut maka Aisyah mengucap panjang…..astaghfirullah x3

Azman : apa yang perlu aku lakukan ni???

Syaitan : kan aku dah bagitau tadi, mesej je la…….

Azman : tidak!!! Aku tidak akan gadaikan hubungan yang suci ini ….. aku kena yakin dengan janji Allah, “perempuan yang baik ialah untuk lelaki yang baik”.

Syaitan semakin tertekan, semua umpan yang diberikan kepada Azman dan Aisyah tidak menjadi. Syaitan berkata dengan angkuh, “aku akan pastikan hubungan mereka x akan kekal selamanya . Aku akan hasut hingga mereka sampai bila-bila” hahahahahaha……….

Pengajaran :

Bertunang janji murni ke arah penuhi Sunnah


Batas hubungan pasangan belum bernikah perlu dijaga bagi elak perbuatan zina

PERTUNANGAN bertujuan memberi kesempatan kepada lelaki dan perempuan lebih mengenali diri serta keluarga masing-masing, bukan tiket untuk bergaul mesra seumpama suami isteri yang sah kerana perhubungan lelaki dan wanita mempunyai batasan tertentu.



Oleh itu, bagi pasangan muda mudi yang masih di alam percintaan atau pertunangan perlu menjaga batas hubungan ditetapkan agama. Jika mereka melakukan hubungan seks sebelum bernikah,

mereka sudah melanggar batasan agama melarang perbuatan zina.

Berdasarkan hukuman Islam, mereka yang melakukan zina boleh dihukum 100 kali sebat bagi individu yang belum bernikah, dan direjam dengan batu bagi mereka yang sudah bernikah.

Mereka yang sudah mampu dan bersedia dari segi mental, fizikal serta mempunyai keyakinan daripada aspek ekonomi perlulah menyahut seruan agama untuk bernikah atau mendirikan rumah tangga.

Amalan menangguhkan perkahwinan atau pernikahan tidak digalakkan Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiga perkara jangan dilewatkan, iaitu solat apabila sampai waktunya, jenazah apabila siap diuruskan untuk dikebumikan dan wanita yang belum bersuami, tetapi sudah ada calon sesuai." (Riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim)

Larangan menjauhi perbuatan menjurus kepada zina termasuk berdua-duaan lelaki dan perempuan banyak diingatkan dalam firman Allah sebagai dalil yang perlu diberi perhatian disebabkan kesannya yang boleh membawa kehancuran serta masalah besar.

Antaranya firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan mendatangkan keburukan." (Surah al-Israk, ayat 32)

Diriwayatkan daripada Abu Bakar, Umar, Ali Jabir bin Abdullah, Abu Sanid Al-Khudri, Abu Hurairah, Zaid bin Khalid, Buraidah al-Aslam, bahawa seorang sahabat nabi bernama Masiz dihukum rejam oleh pengawasnya sendiri bahawa ia berzina.

Begitu juga dua perempuan dari Bani Kakhim dan Bani Khamid yang dijatuhi hukuman rejam di atas pengakuan berzina.

Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah kepada orang yang beriman, hendaklah kamu menahan pandangan mereka serta memelihara kemaluan mereka." (Surah an-Nur, ayat 31)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga golongan yang tidak akan berbicara dengan Allah pada hari kiamat, dan Allah juga tidak akan memandang mereka dan akan mendapat azab yang pedih iaitu, lelaki tua yang berzina, pemimpin yang berbohong dan orang miskin yang sombong." (Hadis riwayat Muslim)

Banyak lagi dalil memberi amaran serta mengingatkan umat Islam supaya menjauhi zina. Ini perlu diingatkan dan didedahkan kerana dapat dilihat budaya masyarakat hari ini, majlis tunang ibarat majlis pernikahan.

Jika dulu, majlis pertunangan hanya dihadiri ahli keluarga atau wakil pihak lelaki untuk berbincang dengan keluarga perempuan, tetapi hari ini si jejaka turut hadir sama, malah bergambar dalam suasana menimbulkan fitnah kepada orang ramai.

Majlis pertunangan kini berubah seakan majlis persandingan apabila kedua-dua lelaki dan perempuan yang hanya baru diikat dengan kata janji untuk disatukan, dibenarkan duduk bersebelahan sambil disaksikan keluarga.

Mungkin restu yang diberikan ahli keluarga menyebabkan pasangan bertunang lupa akan batasan yang perlu dijaga hingga ada yang setiap hari berjumpa malah, ada juga yang dibawa pulang untuk bermalam di rumah ibu bapa.

Sebagai pihak yang bertanggungjawab, ibu bapa sepatutnya membimbing pasangan yang bertunang supaya menjaga hubungan itu mengikut syariat agama sehingga mereka sah disatukan sebagai suami isteri kerana tempoh bertunang ialah masa untuk mereka memahami satu sama lain.

Jika dilihat, pasangan bertunang agak bebas dalam pergaulan, sebaiknya ibu bapa serta keluarga menyegerakan upacara pernikahan kerana itu lebih baik daripada membiarkan mereka terus terjebak dengan tingkah laku menyalahi ajaran agama.

Agak menyedihkan apabila tingkah laku anak muda hari ini tidak dipedulikan ibu bapa yang menganggap adalah sesuatu yang biasa untuk membenarkan mereka sering berjumpa atas alasan supaya lebih mengenali.

Sudah diberi amaran jelas akan perkara itu dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jangan kamu berseronok-seronok atau berdua-duaan dengan wanita, kerana yang ketiga itu adalah syaitan." (Hadis riwayat at-Tabrani).

Seriusnya supaya mengelakkan diri daripada terjebak dengan hubungan intim lelaki dan wanita, Rasulullah SAW bersabda bermaksud yang bermaksud: "Lebih baik seseorang lelaki berdekatan dengan binatang bernajis yang berlumuran lumpur daripada ia berdekatan bahunya kepada wanita yang tidak halal baginya." (Hadis Riwayat at-Tarbrani) .

Hormati ikatan pertunangan dengan menjadikannya sebagai janji murni ke arah memenuhi Sunnah Rasulullah SAW untuk membina keluarga yang dilimpahi perasaan kasih sayang dan kesejahteraan.

punca kelemahan GERAKAN ISLAM

|

Kebelakangan ini gerakan Islam kelihatan agak goyang dek kerana pelbagai isu yang melanda. Pelbagai fitnah dan tohmahan telah dilontarkan terhadap gerakan Islam hinggakan sedikit sebanyak telah melemahkan gerak kerja gerakan itu sendiri. Walaubagaimanapun cuba kita kaji balik dimanakah punca permasalahan ini berlaku. mengikut pandangan saya terdapat bebrapa isu yang perlu diselesaikan segera agar gerakan ini terus dipandang tinggi dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Punca utama yang dapat dikenalpasti ialah tarbiyah ruhiyyah yang diabaikan. Asapek ini merupakan elemen yang penting dan merupakan trademark kepada gerakan Islam. Kita melihat bagaimana pada zaman Rasulullah S.A.W yang mana tarbiyah ruhiyyah menjadi kunci utama kepada perjalanan gerakan dakwah. Dalam peperangan Badar jelas menunjukkan kekuatan ruhiyyah menjadi satu senjata yang berbisa untuk melawan pihak musuh. Dengan kuantiti yang sedikit tidak menjadi penghalang kepada kemenangan kepada Islam.

Kembali kepada suasana hari ini, kurangnya kebergantungan kita kepada Allah yang menyebabkan segala perancangan yang terbaik pun tidak akan berjaya kerana kurangnya pengharapan kepada Yang Maha Esa. Natijahnyadapat dilihat bagaimana gerakan Islam sekarang ini banyak menimbulkan fitnah hinggakan tidak mampu lagi kita hendak menangkisnya.

Azimat Seorang Lelaki

|

wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.


7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita


12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....


15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.

Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan

2 Kasih sayang

3 Kesetiaan

4 Komunikasi dialogis

5 Keterbukaan

6 Kejujuran

7 Kesabaran

BERAKHIRNYA KARNIVAl EKONOMI ISLAM 09.......

|


Tanggal 16 oktober yang lalu berakhirnya satu lagi pengalaman indah dalam hidupku sepanjang berada di UKM. Berakhirnya satu Karnival yang menuntut pelbagai kenangan manis dan pahit, suka dan duka. Sebuah karnival yang mengajarku erti sebenar putus asa dan yang paling tidak dapat aku lupakan mengajarku erti pengorbanan.

Pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang tercetusnya idea untuk mengadakan Karnival Ekonomi Islam ini. Masih aku ingat kata2 seorang sahabat karibku yang memberi kata2 semangat supaya meneruskan hasrat tersebut walaupun hati ini pada waktu tersebut masih terkontang-kanting dan kekeringan idea. Bagiku biarlah hanya perancangan tapi tidak semestinya terlaksana....

Ternyata jangkaanku hampir menjadi kenyataan apabila Karnival ini yang dirancang pada Julai sudah di tunda pada bulan Oktober. hatiku sudah berbelah bagi samada hendak teruskan atau batalkan. Hari terus berlalu, gerak kerja untuk program ternyata masih tiada peningkatan, AJK masih lagi bermain tarik tali, penaja pun sukar ditemui...putus asa dan hampa mula bertapak dalam hatiku....

Kalendar sudah menunjukkan bulan september, hatiku berdebgup kencang apabila memikirkan tarikh karnival sudah hampir. Bagaikan satu momentum dalan diriku tiba2 aku bersemanagt hendak meneruskan juga Karnival ini. Pedulikan comitment AJK, aku melangkah gagah meneruskan usaha agar karnival ini tetap akan diadakan walaubagaimana cara sekalipun.

Hari-hari pemikiranku asyik dengan karnival ekonomi, dengan bantuan beberapa AJK yang masih setia bersamaku melangkah kesegenap pelusuk bangi untuk mencari penggerai bagi Karnival ini. Hasilnya terdapat beberapa syarikat yang bersetuju untuk menyertai karnival ini. Tidak kurang juga yang menolak mentah2 pelawaan kami. Banyak pengalaman yang aku kutip sepanjang pencarian pengerai ini..........nantikan sambungannya

KARNIVAL EKONOMI ISLAM

|



nantikan kemunculannya!!!

Memburu Malam Kemuliaan Lailatul Qadar

|

Ramadan adalah bulan impian bagi semua insan Muslim. Di bulan mulia ini terdapat pelbagai keistimewaan luar biasa yang tidak pernah kita temui di bulan-bulan lainnya. Sepuluh hari pertama bulan ini dipenuhi dengan `rahmat' (keberkatan), sepuluh hari pertengahan dihiasi dengan `maghfirah' (keampunan) dan di sepuluh hari terakhir diberkati dengan `itqun min an-nar' (kebebasan dari api neraka).



Bulan ini pula telah dimuliakan Allah s.w.t. dengan menurunkan al-Quran sebagai panduan hidup bagi manusia (Surah al-Baqarah, ayat 185), iaitu pada malam Nuzul al-Quran, 17 Ramadan pada tahun Kenabian Muhammad s.a.w. atau bertepatan dengan 6 Ogos 610 Masihi. Tatkala bulan ini menjelma, semua pintu syurga dibukakan, semua pintu neraka dikuncikan, dan diikatkan semua syaitan, (Hadis riwayat Muttafaqun `Alaih).

Bulan ini pula dikenal dengan `bulan bonus' bagi umat Islam di mana dalam bulan inilah Allah s.w.t. melimpahkan pahala berlipat ganda dan menghapuskan dosa-dosa masa silam bagi sesiapa sahaja yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan.



Puncak keistimewaan luar biasa bulan ini adalah apabila diturunkan satu malam, Lailatul Qadar (malam kemuliaan) sebagai Malam kemuliaan yang lebih baik daripada seribu bulan (Surah al-Qadr, ayat 3). Sesiapa sahaja yang berpuasa pasti amat berhasrat untuk menjumpainya. Bila Lailatulqadar itu muncul?

Lailatulqadar ini diyakini akan muncul pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, terutamanya di malam-malam yang ganjil. Perkara ini dapat kita semak dari sebuah kisah Siti Aisyah r.a: Bila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w. mengikat kuat kainnya (menambah kesungguhan ibadatnya), menghidupkan malam (dengan banyak berzikir dan bermunajat), membangunkan keluarganya (untuk ikut bertaqarrub kepada Allah) (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).



Kesungguhan Rasulullah melakukan ibadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan dapat kita semak dari hadis berikut, seperti diceritakan Siti Aisyah r.a.: Beliau (Rasulullah s.a.w.) beribadat hingga menjelang subuh (Hadis riwayat Muslim).



Apa sebenarnya terdapat pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan itu sehingga Rasulullah begitu tekun meningkatkan kuantiti (bilangan rakaat) dan kualiti (kekhusyukan dan tawaduk) ibadatnya di malam-malam tersebut?



Tekun dan khusyuknya Rasulullah beribadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan tidak terlepas daripada keinginan baginda untuk menemui malam Lailatulqadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Perkara ini amat jelas terakam dalam ayat berikut: Sesungguhnya Kami turunkan ia (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatulqadar). Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Ketahuilah bahawa malam kemuliaan itu adalah lebih baik dari seribu bulan (83 tahun 4 bulan). (Surah al-Qadr, ayat 1-3).



Lailatulqadar adalah malam kemuliaan yang memiliki nilai lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa sahaja yang beribadat di malam itu adalah lebih baik nilainya dengan beribadat selama 83 tahun empat bulan. Usia purata manusia yang hidup di akhir zaman ini sangat jarang yang mencecah angka 70 tahun, apatah lagi 80 tahun dan seterusnya. Bahkan usia Nabi Muhammad adalah 63 tahun sahaja. Berapa lamakah usia kita?



Pernahkah kita terfikir untuk mampu beribadat kepada Allah selama 83 tahun? Mungkinkah ia berjaya dicapai? Rasanya sangat sukar untuk melakukan perkara itu, mengingat keadaan dalaman kita (iman yang turun naik) dan pengaruh luaran (kecenderungan berbuat maksiat dari pelbagai aspek kehidupan yang kita hadapi setiap masa). Pendek kata, Lailatulqadar adalah malam yang bernilai lebih baik daripada 1,000 bulan. Ia sentiasa datang di setiap sepuluh terakhir dari bulan Ramadan. Kesempatan emas ini janganlah kita biarkan berlalu begitu sahaja

BIDA'AH ???

|

Sesungguhnya Islam menyeru amatnya supaya sentiasa bersederhana dalam pelbagai aktiviti kehidupan kita samada perbuatan, perkataan, pemikiran dan sebagainya. konsep kesederhanaan yang akan dikupas kali ini adalah mengenai pemikiran.

Sejak kebelakangan ini kita sering kedengaran segelintir ulamak yang banyak membicarakan mengenai perkara bida'ah. Bagi yang berpegangan salafi menafikan terus fungsi bida'ah ini dalam kehidupan muslim. Mereka berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang bersabda," setiap yang bid'ah itu adalah menyesatkan". Akan tetapi ada juga golongan yang menafikan pandangan salafi ini dengan membawa dalil yang tersendiri.

Saya tidak ingin mengulas lanjut mengenai siapa yang betul dan salah dalam hal ini kerana perbincangannya tidak pernah habis semenjak dahulu lagi tetapi apa yang ingin saya tekankan mengenai konsep kesederhanaan dalam pemikiran kita. Saya ingin menimbulkan persoalan berdasarkan realiti kehidupan sekarang adakah kita masih berkepentingan untuk membincangkan perkara furu' ini sedangkan perkara asas seperti kewajipan mengerjakan solat, puasa, haji dan sebagainya dikalangan masyarakat sekarang sudah tidak dipedulikan lagi.

Ada yang kata tahlil, talkin dan semua perkara yang Rasulullah s.a.w tidak buat adalah sesat lagi menyesatkan. Tidakkah kita fikirkan bagaimana nak mengajak orang yang tidak pernah sembahyang untuk kembali mengerjakan kewajipan mereka sebagai seorang Islam. Saya amat sedih apabila memikirkan perkara ini. Kita asyik berdebat mengenai perkara furu' akan tetapi kita tidak memikirkan perkara asas yang menjadi suatu barah kepada umat Islam sekarang ini.

Ingatlah golongan kuffar sedang bertepuk tangan melihat gelagat cendikiawan Islam yang berbalah hanya kerana perkara furu' sedangkan umat Islam semakin hari semakin leka dengan keseronokan dunia.

Di ruangan ini marilah kita sama-sama bermuhasabah diri adakah memberi kepentingan kepada Islam jika kita terus berkelahi tentang bida'ah ini sedangkan masih ramai UMAT Islam yang masih dahagakan ajaran Islam yang sebenar. Lupakan sebentar perbalahan yang tiada penghujung ini. Marilah kita berlapang dada dan bermuzakarah memikirkan cara yang terbaik untuk mengajak umat Islam supaya kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam.