I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Thursday, August 18, 2011

Konsep EHSAN dalam penghayatan Ramadhan



Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang diriwayatkan daripada Umar bun Khatab r.a menjelaskan makna Ehsan bermaksud kamu beribadat seolah-olah Allah melihat kamu, jika kamu tidak melihat Allah maka ingatlah sesungguhnya Allah melihat kamu. Dalam hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa konsep ehsan itu ialah kita beribadat seolah-oleh kita sedang diperhatikian oleh Allah s.w.t. 


Alangkah indahnya hidup ini jika setiap amal ibadat yang kita laksanakan kita dapat rasai bahawa Allah sedang memerhatikan kita. Jika setiap insan benar-benar memahami konsep Ehsan dalam kehidupan kita maka akan lahirkah masyarakat yang madani. Ini kerana manusia akan takut melakukan perkara yang mungkar kerana menyedari bahawa Allah sedang memerhatikan mereka.



Dalam konsep ehsan sebenarnya mendidik umat Islam supaya sentiasa berjaga-jaga dalam setiap tingkah laku kita. Sebagi contoh, dalam bulan puasa ini jika tanpa konsep Ehsan dalam diri nescaya ramai yang berpuasa hanya dikhalayak ramai semata-mata tetapi jika tiada orang disekelilingnya maka dia akan makan dan minum kerana dia tidak rasa adanya Allah dalam diri mereka dan sedang memerhatikan mereka.


Tuesday, August 16, 2011

WARKAH UNTUK ANAKKU………













Anakku, berita kehadiranmu begitu mengembirakan diriku,
Akhirnya insan yang dinanti-nantikan selama ini akan hadir sebagai penyeri hatiku,


Kehidupan ku tiba-tiba berubah dengan berita kehadiranmu,
Tidak sabar rasanyanya menanti kehadiran mu,


Umi dan Walid itulah gelaran yang engkau akan berikan kepadaku dan isteriku yang tercinta,
Anakku , Kegembiraan jelas terpancar di riak wajah Umi mu,


Walaupun kesakitan ketika permulaan engkau muncul dirahimnya,
Kesakitan itu seakan hilang bila memikirkan kehadiranmu,
Anakku, betapa bermaknanya kehadiranmu dalam kehidupan kami,


Tiba-tiba,


Malam itu meragut segala-galanya,
Bermula dengan kesakitan yang dianggap biasa bagi insan yang berbadan dua,


Anakku, akhirnya engkau muncul bukan pada masanya,
Tanggal 1 Ramadhan engkau meninggalkan Umi dan Walidmu buat selama-lamanya,


Walid redha dengan kehilanganmu walaupun Umimu agak sukar untuk menerimanya,
Anakku, MUHAMMAD nama yang ku berikan pada mu,


Mudah-mudahan MUHAMMAD berbahagia disana,
Tunggulah Umi dan Walid disana,
Doakan Umi dan Walid berjaya menempuh kehidupan ini dengan mendapat redha-NYA.




MUHAMMAD BIN AHMAD MUBARAK FIKRI
Kembali kerahmatullah pada 31 JULAI 2011, pukul 5.30 ptg, pada usia 5 bulan.
Al-Fatihah………….