I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Tuesday, January 31, 2012

Monday, January 30, 2012

BAHAN-BAHAN j-QAF

DAPATKAN SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN TAHIN1-6 SEKARANG!!!!!

Wednesday, September 21, 2011

Hukum Gabung Puasa Qadha dan Puasa Enam Syawal

Ini adalah email pertanyaan melalui http://mufti.perlis.gov.my/ 

Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menerima pertanyaan hukum dari En Zukri melalui e-mel: mzukri@... Berikut adalah penjelasan hukum yang diberikan dan telah diperakui oleh S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya:

Soalan:

Salam, saya hendak bertanya tentang posa ganti dalam bulan Syawal bagi wanita. Bolehkah digandingkan niat ganti puasa Ramadan dengan puasa sunat syawal sekali? Apakah kita akan mendapat pahala kedua-duanya sekali? Adakah ada spesifik hari untuk puasa bagi mendapat kedua-dua pahala inini? jika tidak, amalan bagaimana lebih afdal?
Terima kasih

Jawapan:

Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Jawapannya adalah seperti berikut:
Persoalan pertama berkaitan niat puasa ganti Ramadan yang tertinggal adakah mendapat pahala puasa sunat Syawal.
Persoalan ini terdapat khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama.

Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat. Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر
Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun". (HR Muslim)
Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid – www.islamqa.com]

Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Fatawa al-Azhar 9/261]
Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yang membolehkan ‘puasa dua dalam satu’ ini tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang sahih. Mereka juga mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid)  
Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya; mendahulukan puasa sunat enam hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan? Dalam persoalan ini terdapat dua pendapat.

Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa:
( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إلَّا فِي شَعْبَانَ. قال يحيى:الشغل من النبي أو بالنبي )
Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Said.)
Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan.

Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan.
"Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu." [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/392]
Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.
Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aishah RA.
Manakala berkaitan hari-hari yang tertentu pula, dinyatakan bahawa:
"Hari-hari ini (berpuasa dalam bulan Syawal) tidak harus dilakukan langsung setelah Ramadan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah hari raya, dan mereka boleh melakukannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, mana-mana yang lebih mudah bagi seseorang. ... dan ini (hukumnya) tidaklah wajib, melainkan sunnah."
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/391]

Imam An-Nawawi RH berkata:

"Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada pada makna umum dari hadis tersebut. Kami tidak berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud." [
Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab]
Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah Taala:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” [Surah Ali Imran:133]
Wallahu a’lam.

Thursday, August 18, 2011

Konsep EHSAN dalam penghayatan Ramadhan

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang diriwayatkan daripada Umar bun Khatab r.a menjelaskan makna Ehsan bermaksud kamu beribadat seolah-olah Allah melihat kamu, jika kamu tidak melihat Allah maka ingatlah sesungguhnya Allah melihat kamu. Dalam hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa konsep ehsan itu ialah kita beribadat seolah-oleh kita sedang diperhatikian oleh Allah s.w.t. 

Alangkah indahnya hidup ini jika setiap amal ibadat yang kita laksanakan kita dapat rasai bahawa Allah sedang memerhatikan kita. Jika setiap insan benar-benar memahami konsep Ehsan dalam kehidupan kita maka akan lahirkah masyarakat yang madani. Ini kerana manusia akan takut melakukan perkara yang mungkar kerana menyedari bahawa Allah sedang memerhatikan mereka.

Dalam konsep ehsan sebenarnya mendidik umat Islam supaya sentiasa berjaga-jaga dalam setiap tingkah laku kita. Sebagi contoh, dalam bulan puasa ini jika tanpa konsep Ehsan dalam diri nescaya ramai yang berpuasa hanya dikhalayak ramai semata-mata tetapi jika tiada orang disekelilingnya maka dia akan makan dan minum kerana dia tidak rasa adanya Allah dalam diri mereka dan sedang memerhatikan mereka.

Tuesday, August 16, 2011

WARKAH UNTUK ANAKKU………

Anakku, berita kehadiranmu begitu mengembirakan diriku,
Akhirnya insan yang dinanti-nantikan selama ini akan hadir sebagai penyeri hatiku,

Kehidupan ku tiba-tiba berubah dengan berita kehadiranmu,
Tidak sabar rasanyanya menanti kehadiran mu,

Umi dan Walid itulah gelaran yang engkau akan berikan kepadaku dan isteriku yang tercinta,
Anakku , Kegembiraan jelas terpancar di riak wajah Umi mu,

Walaupun kesakitan ketika permulaan engkau muncul dirahimnya,
Kesakitan itu seakan hilang bila memikirkan kehadiranmu,
Anakku, betapa bermaknanya kehadiranmu dalam kehidupan kami,

Tiba-tiba,

Malam itu meragut segala-galanya,
Bermula dengan kesakitan yang dianggap biasa bagi insan yang berbadan dua,

Anakku, akhirnya engkau muncul bukan pada masanya,
Tanggal 1 Ramadhan engkau meninggalkan Umi dan Walidmu buat selama-lamanya,

Walid redha dengan kehilanganmu walaupun Umimu agak sukar untuk menerimanya,
Anakku, MUHAMMAD nama yang ku berikan pada mu,

Mudah-mudahan MUHAMMAD berbahagia disana,
Tunggulah Umi dan Walid disana,
Doakan Umi dan Walid berjaya menempuh kehidupan ini dengan mendapat redha-NYA.

MUHAMMAD BIN AHMAD MUBARAK FIKRI
Kembali kerahmatullah pada 31 JULAI 2011, pukul 5.30 ptg, pada usia 5 bulan.
Al-Fatihah………….

Tuesday, March 8, 2011

KITA SEORANG GURU ATAU PENDIDIK???

surah as-shaf
2. Wahai orang-orang Yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!
3. amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.

Salam Ukhuwwah, hari ini kita sering memperkatakan isu yang akan cuba kita bincangkan iatu guru dan pendidik adakah sama???. Timbul persoalan dibenak fikiran saya adakah guru dan pendidik adakah sama?. Setelah difikirkan maka begini pandangan pandangan saya, guru dan pendidik merupakan sesuatu yang amat berbeza.
Guru merupakan seorang yang mengajar seseorang , manakala pendidik bukan hanya mengajar tetapi mendidik manusia supaya menjadi insan yang berguna atau dalam kontek Islam ialah menjadi insan yang bertaqwa. Berdasarkan ayat al-quran diatas, Allah memberi peringatan kepada manusia terutama umat Islam supaya janganlah kamu berkata-kata atau menyuruh seseorang melakukan kebaikan sebelum kita yang perlu laksanakan dahulu. Apa yang saya ingin kaitkan ialah seseorang yang bergelar guru tidak semestinya melakukan perkara yang disuruhnya kepada pelajar akan tetapi seorang pendidik perlu melaksanakan dulu apa sahaja yangakan diajar kepada pelajar.
Sebagai contoh, seorang ustazah yang akan mengajar mengenai tuntutan menutup aurat tetapi dalam masa yang sama cara pemakaian ustazah tersebut tidak melambangkan cara penutupan aurat yang sempurna contohnya tudung yang singkat (tidak melebihi paras dada dan punggung), tidak memakai sarung tangan dan kaki dan pakaian yang agak ketat. Adakah kita perlu gelar ustazah ini guru atau pendidik. Bagi saya ustazah ini hanyalah seorabg guru semata-mata dan bukan seorang pendidik. Jika dia seorang pendidik maka dia perlu memastikan dirinya sudah melambangkan sebagai seorang muslimah.
Sebagai muhasabah disini, marilah kita sama merenung kembali tujuan kita menjadi guru. Adakah semata-mata untuk mengejar gaji atau status yang tinggi ataupun untuk menjadi pendidik yang ingin membantu manusia kerah jalan uang benar. Betulkan niat kita apabila menjadi seorang guru…..sekian,wassalam..

“ isu pendidikan: INTERLOK"

Kebelakangan ini isu-isu pendidikan sering dipapangkan di dada-dada akhbar
menggambarkan bahawa institusi pendidikan di negara kita tidaklah diabaikan malah sering diperkatakan. Ada yang positif dan ada juga yang melibatkan isu-isu yang negatif contohnya isu novel INTERLOK yang hangat diperkatakan hari ini. Isu ini timbul apabila novel ini dimasukkan dalam sukatam pelajaran bagi Sijil Pelajaran Malaysia. Apakah faktor menyumbang kepada masalah ini hinggakan ada yang sanggup membakar novel ini kerana dikatakan mengandungi unsur penghinaan kepada masyarakat India. Bagi saya punca utama pertelingkahan berlaku ialah kurangnya pemahaman mengenai bahasa-bahasa sastera yang terdapat dalam novel ini. Surat khabar Berita Harian yang bertarikh 9 Mac 2011 (rabu) telah menyiarkan 4 orang sasterawan Negara bangkit mempertahankan novel ini. Menurut mereka kurangnya pemahaman terhadap bahasa-bahasa sastera merupakan punca utama salah faham berlaku jesteru mereka dengan tegas mempertahankan novel tersebut.

Sunday, July 25, 2010

JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

MAJLIS KESYUKURAN

AHMAD MUBARAK FIKRI B. CHE MUSTAFFA(IHUB)DQ(04-07)UKM(07-10)

&

THUAIBAH BT. ABD RAHMAN(IHUB) DQ(04-07)USIM(07-11)

Dengan segala hormatnya mempersilakan sahabat² ihub hadir ke Majlis perkahwinan kami yang berlangsung pada :

Tarikh : 12 september 2010 (3 Syawal 1431H)
Hari : ahad
Bertempat :Kg Beris. Panchor, 16020 Tawang Bachock, Kelantan
Waktu jamuan: 12 tgh sehingga 6 petang.

&

Tarikh : 14 september 2010(5 Syawal 1431H)
Hari : Selasa
Bertempat :Kg Bakong, 17000, Pasir Mas, Kelantan
Waktu jamuan: 12 tgh sehingga 6 petang.

turut mengundang: Mubarak (0132429642)
: Thuaibah (0199089141)
(bole dihubungi jika ade ape² masalah seperti tersesat ke dan sebagainye)

Semoga dengan kehadiran kalian dpt memeriahkan lg majlis ini.SYUKRAN..~

Saturday, February 20, 2010

Ayuh bangkitlah Ekonomi Islam!!!!

Ekonomi Islam sering dikaitkan dengan keagamaan dan ritual semata-mata sehinggakan ada yang mendakwa bahawa sisten Ekonomi Islam hanya sesuai dilaksanakan oleh masyarakat yang keseluruhanya terdiri di kalangan orang Islam sahaja. Apakah benar dakwaan ini??? Sudah semestinya jawapanya salah kerana sistem ekonomi Islam sesuai untuk untuk semua masyarakat, agama, bangsa mahupun pelbagai etnik. Jika kita memahami konsep Ekonomi dalam Islam yang sebenar mungkin kita tidak akan berkata-kata sedemikian. Kurang pendedahan dan pengkajian tentang sistem ekonomi Islam yang menyebabkan masyarakat semakin menyempitkan pemahaman mereka tentang ekonomi Islam.

Masyarakat Islam perlu sedar bahawa hanya sistem ekonomi Islam sahaja yang da;pat menyelamatklan kerosakan di dunia ini. Malangnya apa yang berlaku dewasa kini ialah , masyaraklat Islam sendiri yang mengetepi sistem ekonomi Islam kerana mereka beranggapan bahawa sistem ekonomi Islam tidak mampu untuk menjadikan mereka kaya. Mereka lebih suka mengamalkan sisiten ekonomi orang bukan Islam seperti kapitalis yang hanya bermatlamatkan keuntungan semata2. Alangkah sempitnya pemikiran mereka, tidakkah mereka mengetahui bahawa sistem ekonomi Islam jika dihayati dan dikaji dengan sepenuhnya merupakan satu system yang bukan hanya menjadikan kita kaya tetapi ada “value added” iaitu mencapai keredhaan Allah s.w.t.

SISTEM EKONOMI CINA

Tidak dapat dinafikan bbahawa ekonomi di Negara kita sekarang dikuasai oleh orang cina. Jika kita perhatikan di segenap Bandar di Negara kita kebanyakannya kedai-kedai atau premis-premis perniagaan dikuasai oleh orang cina. Apakah rahsia sebenar mereka sehinggakan orang yang paling kaya di Malaysia ini ialah orang cina.

Amalan ekonomi masyarakat cina merupakan sistem yang sudah ada dalam sistem ekonomi Islam Cuma tidak pasti samada sistem yang mereka amalkan merupakan cedukan daripada Islam atau pun memang mereka mewarisi amalan nenek m,oyang mereka. Dakwaan bahawa amalan mereka adalah cedukan daripada system ekonomi Islam ada logiknya kerana jika menurut sejarah; Islam sampai ke Negara China lebih awal daripada tanah melayu. Maka tidak mustahil orang cina yang datang ke tanah melayu pada zaman dulu merupakan orang islam yang datang ke tanah melayu untuk berniaga seterusnya menetap ditanah Melayu.

Dakwaan ini sebenarnya berfakta kerana dalam system ekonopmi masyarakat cina, konsep tolong menolong merupakan teras kepada ektiviti perniaggan dikalangan mereka.

Nantikan sambungannya………………

Saturday, January 9, 2010

DILEMA : KERJA+KAHWIN+MASTER

Kerja,

Saya rasa persoalan ini akan hinggap disetiap individu yang sedang berada di
semesta yang terakhir. Apa yang perlu diutamakan selelpas ini , adakah kerja??
Adakah kahwin??, adakah sambung Master??. Persoalan ini semestinya membelenggu dalam jiwa masing-masing terutama diri saya. Sudah jenuh saya memikirkan, rasa macam nak terbakar kepala ini apabila persoalan demi persoalan ini timbul.

Kerja bukan matlamat hidup saya tapi kerja sebagai jalan untuk meneruskan kehidupan ini. Amat menyedihkan apabila seeorang sahabat saya dengan bangga menyatakan bahawa tujuan dia masuk u ini hanyalah untuk mendapatkan pekerjaan yang baik seterusnya gaji yang besar dan dapat hidup senang lenang.

Adakah itu matlamat kita menuntut ilmu. Saya merenung sejenak dan tiba-tiba terlintas difilkran saya mengenai hadis pertama dalam Hadith 40 iaitu mengenai Niat. Antara intipati hadith tersebut ialah segala perbuatan kita bergantung kepada niat kita. Jika kita belajar untuk mendapatkan pangkat dan duit maka kita akan mendapatnya. Akan tetapi jika kita niat kerana Allah dan Rasul maka kita akan mendapat Alllah dan Rasul. Maka saya dapat membuat kesimpulan bahawa kerja bukan matlamt tetapi hanya penghubung untuk meneruskan kehidupan. Kerja kita yang sebenar ialah berkhidmat menegakkan syiar Islam, Allah sebagai majikan, pahala sebagai gaji, kenaikan pangkat bergantung kepada iman dan bonusnya ialah syurga.

Kahwin

Persoalan ini juga bermain-main dikotak fikiran saya. Kalau diikutkan umur memang selayaknya dah bergelar suami tetapi bila difikirkan kembali apa jaminan saya untuk diberikan kepada sesiapa sahaja bakal isteri saya kerana saya belum mempunyai pendapatan lagi. Semakin difikirkan semakin seraabut kepala saya hinggalah saya terjumpa satu hadith yang tidak ingat matan hadithnya yang menyatakan bahawa perkawinan srolah-oleh telah menyelesaikan separuh daripada urusan agama.

Melihat kepada hadith tersebut saya semakin bersemangat untuk mencari separuh daripada urusan agama tersebut. Saya juga teringat kata-kata seorang penceramah motivasi, “perkahwinan ibarat gedung pahala”.

Besar makna kata-kata tersebut. Penceramah itu menambah, contoh yang paling mudah ialah bila isteri mentaati suami merupakan satu proses pahala yang berpanjangan dan begitu huga suami yang bekerja mencari nafkah merupakan satu ibadat yang berpanjangan. Indahnya dunia perkahwinan…….
Kesimpulan…………

Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan saya…..amin

MASTER,

Persoalan master juga bermain-main difikiran saya. Rasa sedikit sangat ilmu ini jika dibandingkan ijazah yang akan diperolehi. Perasaan ingin menambah ilmu semakin membuak kerana saya akui ilmu di dada belum cukup untuk meneruskan kehidupan bersama masyarakat yang dahagakan ilmu agama.

Saya terpesona dengan kata-kata ustaz fakhrurazi ketika beliau menyampaikan ceramah ringkas di Masjid UKM dua hari yang lepas, beliau berkata, “kebanyakan mahasiswa sekarang ini telah berlaku kesyirikan yang tersembunyi, mereka belajar hanya untuk mendapatkan segulung ijazah, seolah-olah mahasiswa sekarang ini telah menjadikan sijil sebagai “berhala” mereka.

Belajar kerana sijil, studi kerana sijil semua berpaksikan sijil, beriman kepada siji. MasyaAllah…………..
Takutnya bila difikirkan kembali,, adakah saya belajar selama ini kerana Allah atau kerana segulung ijazah yang apabila terbakar atau hilang akan lenyap. Adakah saya belajar semata-mata untuk mendapatkan kerja yang bagus atau kerana Allah. Astaghfirullah……..(muhasabah diri)

Kembali kepada niat saya untuk sambung master. Nampaknya saya perlu betulkan niat dahulu tujuan sebenar nak sambung master. Kalau kerana sijil baik lupakan sahaja. Kesimpulan………..

“betulkan niat dan ikhlaskan hati”

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA……..

Sunday, December 27, 2009

Ikhlas kerana Allah

Madinah

Imam Tirmidzi rahimahullah meriwayatkan dari Syufai al-Ashbahi bahawa suatu ketika, ia masuk ke kota Madinah. Di sana, ia melihat ada seseorang yang sedang dikerumuni oleh banyak orang. Syufai bertanya, “Siapakah orang ituMereka menjawab, “Abu Hurairah.” Syufai berkata, “Aku segera mendekatinya dan duduk di hadapannya.”

Saat itu, Abu Hurairah masih sibuk menyampaikan hadith kepada orang ramai yang mengelilinginya. Setelah selesai mengajar dan semua orang telah pergi, aku berkata kepadanya, “Aku memohon kepadamu dengan sebenar-benarnya, sampaikanlah kepadaku sebuah hadith yang engkau dengar dari Rasulullah saw yang mudah kuhafal dan kufahami.

Abu Hurairah berkata, “Baiklah, aku akan sampaikan sebuah hadith yang aku dengar dari Rasulullah saw dan mudah untuk kau hafal dan kau fahami.”

Tiba-tiba, Abu Hurairah terisak-isak sehingga nyaris pengsan. Tidak lama kemudian, Abu Hurairah sedar kembali seraya berkata, “Aku akan sampaikan sebuah hadith yang aku dengar dari Rasulullah saw di rumah ini, dan ketika itu hanya ada kami berdua,” Kemudian Abu Hurairah terisak-isak lagi, dan setelah sedar kembali, ia mennyusap wajahnya, lalu berkata, “Aku akan sampaikan sebuah hadith yang aku dengar dari Rasulullah saw. Ketika itu, hanya aku dan beliau yang berada di rumah ini.”

Abu Hurairah terisak-isak lagih, lalu setelah sedar, ia mengusap wajahnya dan berkata, “Baiklah, aku akan sampaikan sebuah hadith yang aku dengar dari Rasulullah saw dan saat itu hanya aku dan beliau yang berada di rumah ini.” Abu Hurairah terisak-isak lebih keras, lalu tubuhnya terkulai pengsan. Aku menyandarkan tubuhnya kepada tubuhku dalam waktu yang cukup lama.

Setelah sedar kembali, Abu Hurairah berkata, “Rasulullah saw berkata kepadaku bahawa apabila hari kiamat tiba, Allah akan turun untuk menemui hamba-hamba-Nya untuk mengadili mereka. Saat itu, setiap makhluk tertunduk pasrah.Orang pertama yang dipanggil oleh Allah adalah orang yang menguasai Al-Quran, orang yang terbunuh dalam perang dijalan Allah, dan orang yang kaya raya.“

Allah

Allah bertanya kepada orang yang menguasai Al-Quran, “Bukankah Aku telah mengajarkan kepadamu Al-Quran yang diturunkan kepada RasulKu?” Ia menjawab, “Benar, wahai Tuhanku.” Allah bertanya lagi, “Apa yang kamu lakukan dengan apa yang telah Kuajarkan kepadamu itu?” Ia menjawab, “Aku membacanya sepanjang siang dan malam.” Allah befirman, “Kamu berbohong.” Malaikat pun menimpali, “Kamu berbohong.” Allah melanjutkan, “Sebenarnya, yang kamu inginkan dengan bacaanmu itu, adalah agar kamu dikenal sebagai pembaca (penghafal) Al-Quran. Dan gelaran itu telah kamu dapatkan.“

Lalu orang yang kaya raya dipanggil. Allah bertanya kepadanya, “Bukankah Aku telah membuat hidupmu senang, sehingga kamu tidak memerlukan bantuan dari sesiapa pun?” Ia menjawab, “Benar, wahai Tuhanku.” Allah bertanya lagi, “Apa yang kamu lakukan dengan harta yang telah Aku berikan kepadamu?” Ia menjawab, “Aku menggunakannya untuk menyambung hubungan kekeluargaan (silaturrahim) dan bersedekah” Allah befirman, “Kamu berbohong.” Malaikat pun menimpali, “Kamu berbohong.” Allah melanjutkan, “Sebenarnya, yang kamu inginkan dengan perbuatanmu itu, adalah agar kamu dikenal sebagai orang yang dermawan. Dan gelaran itu telah kamu dapatkan.“

Lalu orang yang terbunuh dalam perang di jalan Allah dipanggil. Allah bertanya kepadanya, “Kenapa kamu terbunuh?” Ia menjawab, “Aku diperintahkan agar berjihad dijalanMu, maku aku pun ikut berjihad hingga terbunuh.” Allah befirman, “Kamu berbohong.” Malaikat pun menimpali, “Kamu berbohong.” Allah melanjutkan, “Sebenarnya, yang kamu inginkan dari pengorbanan itu adalah agar kamu dikenal sebagai seorang yang gagah berani. Dan gelaran itu telah kamu dapatkan.“

Kemudian Rasulullah saw menepuk lutuku seraya bersabda, “Hai Abu Hurairah, mereka bertiga adalah makhluk Allah yang pertama dijerumuskan ke dalam neraka pada hari Kiamat.“

(Dipetik dari Sunan Tirmidzi, tahqiq: Ahmad Syakir, no. Hadith 2382. Abu Isa at-tarmidzi berkata, “Hadith ini adalah hadith Hasan Gharib.”)

Friday, December 25, 2009