I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Saturday, February 28, 2009

"MAHASISWA ZON SELESA"


Mahasiswa sering dikaitkan dengan ilmu tetapi adakah mahasiswa sekarang ini betul-betul menjadikan ilmu sebagai petunjuk dalam kehidupan mereka??? Realitinya mahasiswa hanya menganggap ilmu yang dipelajari hanya sebagai alat untuk mendapatkan segulung ijazah untuk memudahkan masa depan mereka untuk mendapatkan kerja. Adakah ini yang masyarakat mahukan dari mahasiswa. Semestinya tidak!! tugas mahasiswa sebenarnya membimbing masyarakat melalui ilmu yang dicanang ketika berada di universiti. Tugas mereka membantu masyarakat kearah kebaikan dan kemakmuran.Akan tetapi apa yang berlaku sekarang mahasiswa hanya tertumpu untuk menghabiskan pengajian mereka sahaja tanpa memikirkan peranan mereka apabila keluar bersama-sama masyarakat. Maka tidak peliklah sekarang ini kita melihat mahasiswa sudah lesu dan begitu "elergic" untuk mengutarakan pandangan mereka terhadap situasi yang berlaku disekeliling meraka, lebih-lebih lagi situasi dunia.Jauh panggang dari api. Mahasiswa tersebut saya gelarkan sebagai "mahasiswa zon selesa". Ini merujuk kepada situasi mereka yang lebih suka berada dalam zon selesa tanpa memikirkan keadaan sekeliling mereka. Bagi golongan ini menganggap segala masalah masyarakat adalah masalah pemimpin sahaja. Sedarkah mereka bahawa pemimpin sekarang ini juga berasal daripada mahasiswa??? sedarlah wahai "mahasiswa zon selesa" jika kamu berterusan dengan pemikiran begini maka masyarakat kita tidak akan maju dan akan terus mUndur. Apa guna dengan 'pointer' 4.0 tapi pemikiran 0.0, fikir-fikirkanlah.........

No comments: