I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Wednesday, April 22, 2009

SIAPAKAH ORIENTALIS??


orientalis menurut dr mahmud hamdi Zaqzuq ialah para sarjana barat yang mengkaji mengenai Islam termasuklah aspek aqidah, fiqh, al-quran, al-hadith dan sebagainya.Manakala menurut Edward W.Said pula menyatakan bahawa orientalis ini adalah terdiri daripada sesiapa sahaja yang mengkaji mengenai ketimuran terutama Islam.

Maka berdasarkan kepada takrifan diatas maka saya lebih cenderung kepada pendapat Edward W.Said kerana jika kita perhatikan ada segelintir orang Islam sendiri yang mengkaji tentang Islam dengan tujuan untuk mengelirukan uama Islam itu sendiri.

Kita lihat bagaimana Salman Rusdie yang telah menghina islam melalui bukunya kontroversi iaitu "The Satanic" yang telah menghina Islam dan lebih parah telah menghina Rasulullah s.a.w. lantaran keceluparan beliau dalam buku tersebut maka Kerajaan Iran ketika itu telah menawarkan wang ganjaran kepada sesiapa yang berjaya membunuhnya....

situasi sekarang...

berdasarkan takrifan di ats maka cuba kita perhatikan situasi negara kita sekarang ini, adakah orientalis ada di negara kita?????. cuba kita mencari jawapannya...

sebenarnya di negara kita ini tidak terlepas daripada golongan orientalis ini. Walaupun secara zahirnya mereka mengaku sebagai Islam tetapi sebenarnya mereka mendokong falsafah Orientalis.

Sebagai contoh pemikiran mereka lebih kepada barat sehinggakan apa yang barat laksanakan mereka akan ikut. Sedangkan sebagai seorang Islam kita sudah di bekalkan Al-Quran sebagai panduan tetapi al-Quran disisihkan sedangkan undang2 barat di agung-agungkan. mereka ini bukan bergerak sendirian tetapi menyamar dengan bergerak dalam parti melayu yang kononnya ingin menjaga orang melayu dan Islam tetapi pada hakikatnya merekalah yang merosakkan melayu dan Islam .

Adakah anda tahu siapakah yang saya maksudkan??? tepuk dada tanya iman!!!!

1 comment:

syabab_i09 said...

matlamt orientalis yang utama adalah ingin menghancurkan aqidah umat islam serta pemikiran mereka agar agama islam dinegara dan di seluruh dunia.sama2 lah kita waspada atau hati2 dengan mereka ini..sekadar coretan