I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Monday, August 31, 2009

BIDA'AH ???

Sesungguhnya Islam menyeru amatnya supaya sentiasa bersederhana dalam pelbagai aktiviti kehidupan kita samada perbuatan, perkataan, pemikiran dan sebagainya. konsep kesederhanaan yang akan dikupas kali ini adalah mengenai pemikiran.

Sejak kebelakangan ini kita sering kedengaran segelintir ulamak yang banyak membicarakan mengenai perkara bida'ah. Bagi yang berpegangan salafi menafikan terus fungsi bida'ah ini dalam kehidupan muslim. Mereka berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang bersabda," setiap yang bid'ah itu adalah menyesatkan". Akan tetapi ada juga golongan yang menafikan pandangan salafi ini dengan membawa dalil yang tersendiri.

Saya tidak ingin mengulas lanjut mengenai siapa yang betul dan salah dalam hal ini kerana perbincangannya tidak pernah habis semenjak dahulu lagi tetapi apa yang ingin saya tekankan mengenai konsep kesederhanaan dalam pemikiran kita. Saya ingin menimbulkan persoalan berdasarkan realiti kehidupan sekarang adakah kita masih berkepentingan untuk membincangkan perkara furu' ini sedangkan perkara asas seperti kewajipan mengerjakan solat, puasa, haji dan sebagainya dikalangan masyarakat sekarang sudah tidak dipedulikan lagi.

Ada yang kata tahlil, talkin dan semua perkara yang Rasulullah s.a.w tidak buat adalah sesat lagi menyesatkan. Tidakkah kita fikirkan bagaimana nak mengajak orang yang tidak pernah sembahyang untuk kembali mengerjakan kewajipan mereka sebagai seorang Islam. Saya amat sedih apabila memikirkan perkara ini. Kita asyik berdebat mengenai perkara furu' akan tetapi kita tidak memikirkan perkara asas yang menjadi suatu barah kepada umat Islam sekarang ini.

Ingatlah golongan kuffar sedang bertepuk tangan melihat gelagat cendikiawan Islam yang berbalah hanya kerana perkara furu' sedangkan umat Islam semakin hari semakin leka dengan keseronokan dunia.

Di ruangan ini marilah kita sama-sama bermuhasabah diri adakah memberi kepentingan kepada Islam jika kita terus berkelahi tentang bida'ah ini sedangkan masih ramai UMAT Islam yang masih dahagakan ajaran Islam yang sebenar. Lupakan sebentar perbalahan yang tiada penghujung ini. Marilah kita berlapang dada dan bermuzakarah memikirkan cara yang terbaik untuk mengajak umat Islam supaya kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam.

No comments: