I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Friday, October 2, 2009

KARNIVAL EKONOMI ISLAM



nantikan kemunculannya!!!

Thursday, September 10, 2009

Memburu Malam Kemuliaan Lailatul Qadar

Ramadan adalah bulan impian bagi semua insan Muslim. Di bulan mulia ini terdapat pelbagai keistimewaan luar biasa yang tidak pernah kita temui di bulan-bulan lainnya. Sepuluh hari pertama bulan ini dipenuhi dengan `rahmat' (keberkatan), sepuluh hari pertengahan dihiasi dengan `maghfirah' (keampunan) dan di sepuluh hari terakhir diberkati dengan `itqun min an-nar' (kebebasan dari api neraka).



Bulan ini pula telah dimuliakan Allah s.w.t. dengan menurunkan al-Quran sebagai panduan hidup bagi manusia (Surah al-Baqarah, ayat 185), iaitu pada malam Nuzul al-Quran, 17 Ramadan pada tahun Kenabian Muhammad s.a.w. atau bertepatan dengan 6 Ogos 610 Masihi. Tatkala bulan ini menjelma, semua pintu syurga dibukakan, semua pintu neraka dikuncikan, dan diikatkan semua syaitan, (Hadis riwayat Muttafaqun `Alaih).

Bulan ini pula dikenal dengan `bulan bonus' bagi umat Islam di mana dalam bulan inilah Allah s.w.t. melimpahkan pahala berlipat ganda dan menghapuskan dosa-dosa masa silam bagi sesiapa sahaja yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan.



Puncak keistimewaan luar biasa bulan ini adalah apabila diturunkan satu malam, Lailatul Qadar (malam kemuliaan) sebagai Malam kemuliaan yang lebih baik daripada seribu bulan (Surah al-Qadr, ayat 3). Sesiapa sahaja yang berpuasa pasti amat berhasrat untuk menjumpainya. Bila Lailatulqadar itu muncul?

Lailatulqadar ini diyakini akan muncul pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, terutamanya di malam-malam yang ganjil. Perkara ini dapat kita semak dari sebuah kisah Siti Aisyah r.a: Bila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w. mengikat kuat kainnya (menambah kesungguhan ibadatnya), menghidupkan malam (dengan banyak berzikir dan bermunajat), membangunkan keluarganya (untuk ikut bertaqarrub kepada Allah) (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).



Kesungguhan Rasulullah melakukan ibadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan dapat kita semak dari hadis berikut, seperti diceritakan Siti Aisyah r.a.: Beliau (Rasulullah s.a.w.) beribadat hingga menjelang subuh (Hadis riwayat Muslim).



Apa sebenarnya terdapat pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan itu sehingga Rasulullah begitu tekun meningkatkan kuantiti (bilangan rakaat) dan kualiti (kekhusyukan dan tawaduk) ibadatnya di malam-malam tersebut?



Tekun dan khusyuknya Rasulullah beribadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan tidak terlepas daripada keinginan baginda untuk menemui malam Lailatulqadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Perkara ini amat jelas terakam dalam ayat berikut: Sesungguhnya Kami turunkan ia (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatulqadar). Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Ketahuilah bahawa malam kemuliaan itu adalah lebih baik dari seribu bulan (83 tahun 4 bulan). (Surah al-Qadr, ayat 1-3).



Lailatulqadar adalah malam kemuliaan yang memiliki nilai lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa sahaja yang beribadat di malam itu adalah lebih baik nilainya dengan beribadat selama 83 tahun empat bulan. Usia purata manusia yang hidup di akhir zaman ini sangat jarang yang mencecah angka 70 tahun, apatah lagi 80 tahun dan seterusnya. Bahkan usia Nabi Muhammad adalah 63 tahun sahaja. Berapa lamakah usia kita?



Pernahkah kita terfikir untuk mampu beribadat kepada Allah selama 83 tahun? Mungkinkah ia berjaya dicapai? Rasanya sangat sukar untuk melakukan perkara itu, mengingat keadaan dalaman kita (iman yang turun naik) dan pengaruh luaran (kecenderungan berbuat maksiat dari pelbagai aspek kehidupan yang kita hadapi setiap masa). Pendek kata, Lailatulqadar adalah malam yang bernilai lebih baik daripada 1,000 bulan. Ia sentiasa datang di setiap sepuluh terakhir dari bulan Ramadan. Kesempatan emas ini janganlah kita biarkan berlalu begitu sahaja

Monday, August 31, 2009

BIDA'AH ???

Sesungguhnya Islam menyeru amatnya supaya sentiasa bersederhana dalam pelbagai aktiviti kehidupan kita samada perbuatan, perkataan, pemikiran dan sebagainya. konsep kesederhanaan yang akan dikupas kali ini adalah mengenai pemikiran.

Sejak kebelakangan ini kita sering kedengaran segelintir ulamak yang banyak membicarakan mengenai perkara bida'ah. Bagi yang berpegangan salafi menafikan terus fungsi bida'ah ini dalam kehidupan muslim. Mereka berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang bersabda," setiap yang bid'ah itu adalah menyesatkan". Akan tetapi ada juga golongan yang menafikan pandangan salafi ini dengan membawa dalil yang tersendiri.

Saya tidak ingin mengulas lanjut mengenai siapa yang betul dan salah dalam hal ini kerana perbincangannya tidak pernah habis semenjak dahulu lagi tetapi apa yang ingin saya tekankan mengenai konsep kesederhanaan dalam pemikiran kita. Saya ingin menimbulkan persoalan berdasarkan realiti kehidupan sekarang adakah kita masih berkepentingan untuk membincangkan perkara furu' ini sedangkan perkara asas seperti kewajipan mengerjakan solat, puasa, haji dan sebagainya dikalangan masyarakat sekarang sudah tidak dipedulikan lagi.

Ada yang kata tahlil, talkin dan semua perkara yang Rasulullah s.a.w tidak buat adalah sesat lagi menyesatkan. Tidakkah kita fikirkan bagaimana nak mengajak orang yang tidak pernah sembahyang untuk kembali mengerjakan kewajipan mereka sebagai seorang Islam. Saya amat sedih apabila memikirkan perkara ini. Kita asyik berdebat mengenai perkara furu' akan tetapi kita tidak memikirkan perkara asas yang menjadi suatu barah kepada umat Islam sekarang ini.

Ingatlah golongan kuffar sedang bertepuk tangan melihat gelagat cendikiawan Islam yang berbalah hanya kerana perkara furu' sedangkan umat Islam semakin hari semakin leka dengan keseronokan dunia.

Di ruangan ini marilah kita sama-sama bermuhasabah diri adakah memberi kepentingan kepada Islam jika kita terus berkelahi tentang bida'ah ini sedangkan masih ramai UMAT Islam yang masih dahagakan ajaran Islam yang sebenar. Lupakan sebentar perbalahan yang tiada penghujung ini. Marilah kita berlapang dada dan bermuzakarah memikirkan cara yang terbaik untuk mengajak umat Islam supaya kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Wednesday, August 19, 2009

KENANGAN TERINDAH DI GERAI SELERA MURNI(GSM)

Alhamdulillah, Gerai Selera Murni telah melabuhkan tirai dengan sejuta kenangan dan pengalaman terindah.Rupanya bukan mudah seperti yang disangka untuk membuka kedai makan ini.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan GSM kali ini. Terutama kepada :

Geng Otai Burger (azmi dan kawan2)yang menjadi penyeri kepada GSM kali ini, gelak tawa mereka menjadi pengibur kepada diri ini yang gundah gulana memikirkan hasil jualan samada cukup @ x untuk menampung sewa tapak(rm1840 = 7 hari)

Geng Masakan (rabbunah dan kawan2)yang tidak henti2 memasak bagi memenuhi permintaan pelanggan,awal2 pagi dah kena pergi pasar untuk membeli bahan mentah, walaupun diri ini dah tidak terdaya meneruskan GSM tetapi berbekalkan semangat mereka tiba2 saya menjadi bertenaga kembali, tanpa menghiraukan letih mereka masih mampu bangun seawal 7 pagi untuk menyediakan bahan untuk masakan, yang kat rumah membuat alatan nasi lemak untuk jualan pagi dan selebihnya ke pasar membeli bahan2 mentah. Kesian saya lihat kesungguhan mereka semata2 untuk GSM. Jutaan terima kasih yang tidak terhinga diucapkan.


Tidak dilupakan juga bagi Geng Minuman(hafiz dan kawan2) yang tidak henti berkhidmat untuk pelanggan. Walapun ada sesetenahnya yang tidak pernah membancuh air tapi kai ni tiba2 je pandai membancuh air. Satu peristiwa yang agak melucukan apabila pelanggan meminta air suam tetapi disebabkan terlalu bersemangat hinggakan tertukar dengan air gula. Bermacam2 peristwa yang melucukan telah berlaku semasa GSM kali ini.

Geng perhubungan ( nurudin) yang X pernah duduk diam keluar masuk ukm untuk membeli barang2 yang kehabisan. Baru je balik beli barang lepas tu kena keluar balik sebab terlupa nak pesan. Maka pergilah jejaka itu tanpa memberi alasan.


Kepada Geng Teknikal ( hafiz dan kawan2) ribuan terima kasih diucapkan kerana telah menyediakan kelengkapan yang cukup bagi menjayakan GSM kali ini. Tanpa bantuan kalian mungkin GSM tidak akan wujud???


Syukran Jazilan di ucapkan kepada MT ISIUKM yang bertungkus-lumus membantu saya dalam menjayakan GSM kali ini. Sedih rasanya bila melihat Pengerusi Helwa sibuk membasuh pinggan, begitu juga MT yang lain yang terpaksa memasak, membancuh air, yang jadi pelayan, casher dan yang terpaksa menjadi pak guard(muslimin. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian

Akhirnya tidak dilupakan kepada timbalan saya (Nuruljannah) yang sabar melayan kerenah saya yang agak panas pada hari pertama. Mana tidaknya pada petang hari pertama makanan belum siap lagi sedangkan pelanggan dah mintak order, maka timbalan saya inilah yang menjadi mangsa kemarahan saya, ribuan kemaafan saya mohonkan...

Segala pengalaman yang dikutip semasa GSM ini akan tetap menjadi memori yang indah sepanjang saya berada di UKM..wassalam

Monday, August 10, 2009

Friday, July 31, 2009

EKONOMI ISLAM DI ZAMAN UMAR ABDUL AZIZ


Sejarah telah membuktikan pada Zaman pemerintahan Umar Abd Aziz merupakan zaman kegemilangan ekonomi Islam. Ini terbukti apabila tidak ada seorang pun pada zaman tersebut rakyat yang layak menerima zakat. Alangkah baiknya jika peristiwa tersebut kembali pada zaman ini. Marilah kita sama2 meneliti dan mengkaji apakah strategi yang dijalankan oleh Umar Abd Aziz dalam urusan Ekonomi Islam.

Pada hari pertama perlantikan Umar Abd Aziz telah berlaku peristiwa yang tidak pernah terjadi kepada Khalifah sebelumnya dalam Kerajaan Umawiyyah apabila beliau menolak segala kemudahan yang diperuntukkan untuk seorang khalifah seperti kenderaan rasmi dan pelbagai lagi kemudahan semata2 untuk kepentingan rakyat malahan elaun untuk beliau juga telah dipotong sehinggkan gaji beliau hanya 200 dinar berbanding pegawai bawahannya 500 dinar. Disini kita dapat mengambil ikhtibar bahawa apabila kepentingan rakyat diutamakan maka ekonomi rakyat akan stabil. Sifat ketakwaan juga perlu ada dalam diri seorang pemimpin apabila keperluan rakyat diutamakan manakala keperluan peribadi dikemudiankan.

Perlu diingatkan bahawa pada zaman Umar Abd Aziz juga rakyat hidup dalam keadaan senang lenang kerana kebijaksanaan pemimpinnya dalam merancang ekonomi negara. Khalifah Umar Abd Aziz patut digelar sebagai "Bapa Ekonomi Islam"
Selain merancang ekonomi negara dengan baik khalifah Umar juga mengawasi para pegawai2nya daripada terjebak dengan gejala penindasan terhadap ekonomi rakyat. Berlaku peristiwa yang mana Umar telah didatangi beberapa penduduk Iraq yang mengadu tentang kezaliman gabenor Iraq pada zaman sebelum pemerintahannya iaitu mengambil harta rakyat dengan zalim . Umar telah mengembalikan harta tersebut kepada penduduk Iraq sehinggakan habis harta baitulmal di Iraq dan ditambah lagi dengan harta baitulmal Syam. Begitulah peristiwa yang menunjukkan betapa murninya akhlak Khalifah Umar Abd Aziz .......nantikan sambungannya!!!

Monday, July 13, 2009

PROJEK EKONOMI BERSAMA GERAKAN ISLAM

MUQADDIMAH
Arus perubahan yang sedang berlaku pada hari ini merupakan satu perkembangan yang begitu mencabar dunia Islam dan juga gerakan Islam. Dalam menghadapi abad baru yang amat tidak pasti bagi Islam, para pendokong gerakan Islam mestilah segara membuat pemeriksaan atau muhasabah terhadap diri dan gerakan mereka. Iaitu untuk menilai kekuatan dan kelemahan untuk bersedia memahami cabaran yang dihadapi dan merangka strategi yang sewajarnya ke arah mencapai peluang yang tersedia. Untuk menghadapi cabaran abad baru ini, tidak cukup sekadar bergantung kepada kekuatan semangat semata-mata. Pembinaan kekuatan gerakan perlu disalurkan di dalam setiap bidang sehingga akhirnya mampu untuk meletakkan gerakan Islam dan Islam itu sendiri berada dalam arus perdana kehidupan dan sebenarnya mencorakkan kehidupan dunia kepada landasan yang sewajarnya.

MENILAI KELEMAHAN DAN MENINGKATKAN KEUPAYAAN

Terdapat beberapa aspek penilaian yang perlu kita fahami sebagai langkah permulaan ke arah pembinaan kekuatan masa depan kita. Pertama, gerakan Islam perlu menyedarkan masyarakat Islam untuk keluar daripada kongkongan ekstrimisme yang telah lama membelenggu umat. Kongkongan suasana ekstrim yang wujud ini bukanlah sebenarnya pilihan kita secara sedar, tetapi merupakan suatu yang dipaksakan dan kesannya telah melemahkan dan membekukan umat Islam. Masyarakat Islam dipesongkan daripada ajaran sebenar Islam yang menghendaki mereka benar-benar memahami dan menguasai dunia ini dan mengarahkannya kepada landasan yang sewajarnya. Berdasarkan kepada pembahagian disiplin yang dipaksakan kepada mereka lahirlah dua golongan ekstrim yang menguasai agama dan mereka yang memahami aspek tertentu dunia. Fahaman Islam menjelaskan prinsip asas bahawa manusia dicipta, ditentukan dan diberikan petunjuk (Huda). Petunjuk yang merupakan kehendak atau ilmu Allah SWT adalah penting untuk manusia menguasai kehidupan dunia dan memanfaatkannya untuk kehidupan akhirat. Ilmu Allah kepada manusia tergolong kepada dua iaitu yang bersifat Quraniyyah (Wahyu) dan Qawniyyah (ilmu yang menguasai kewujudan dan kekuatan alam). Manusia perlu memahami kedua-dua cabang ilmu Allah tersebut untuk mempastikan mereka dapat wujud dengan lebih bermakna. Kefahaman ini amat penting untuk merintis penguasaan terhadap kehidupan ekonomi.

Kedua, kelemahan yang ketara terutama dalam urusan ekonomi disebabkan kelemahan organisasi dan pengurusan. Kita biasanya terlalu bersifat idealisme dan hanya berharap kepada kejayaan kerana merasakan niat kita baik dan berharap kepada pertolongan Allah SWT dan tidak berusaha dan merancang untuk mendapat pertolongan Allah selaras dengan prinsip yang dinyatakan bermaksud; “Sesungguhnya manusia tidak akan memperolehi sesuatu melainkan yang diusahakannya.” (Q53:39). Dalam urusan ekonomi, kalaupun kita melaksanakannya berlandaskan prinsip muamalat Islam ia mestilah dirancangkan dan disusun dengan sistem yang bukan sahaja akan menjamin kejayaan tetapi lebih utama akan turut mempertingkatkan kualiti individu yang terlibat dalam urusan tersebut. Sebenarnya peranan daripada prinsip dan nilai-nilai Islam bukanlah hanya untuk membimbing manusia dalam melakukan sesuatu urusan tetapi yang lebih utama bertindak sebagai saluran untuk mereka memurnikan diri dan mempertingkatkan keimanan.

Ketiga, hasil daripada kegagalan untuk merancang dan menyusun organisasi dan pengurusan yang sempurna menyebabkan umat Islam tidak mampu melakukan urusannya pada tahap yang terbaik (bersifat ihsan). Hal ini adalah bertentangan dengan semangat nilai Islam yang ingin manusia supaya melakukan sesuatu dengan yang terbaik (ihsan) yang dapat menjamin keadilan dan kesejahteraan hidup. Keperluan kepada ihsan ini penting bagi setiap urusan yang kita lakukan selaras dengan hadis yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah SWT berkehendakkan kepada ihsan (kecekapan) dalam setiap perkara. Sekiranya kamu membunuh maka bunuhlah dengan sempurna dan jikalau kamu menyembelih maka sembelihan tersebut tidak merasa kesakitan sembelihan tersebut”. (Riwayat Muslim).

Pengajaran daripada hadis tersebut menjelaskan kepada kecekapan yang diukur daripada kesan terhadap apa yang kita lakukan. Dalam urusan ekonomi misalnya tidak wajar timbul sungutan orang tentang beban atau kesakitan yang terpaksa ditanggung sebagai kesan daripada interaksi yang berlaku. Keperluan kepada ihsan tidak sahaja terbatas kepada melahirkan keinginan dan keazaman melaksanakan sesuatu urusan selaras dengan kehendak Islam tetapi lebih utama mempastikan cara dan kaedah serta sistem pelaksanaannya adalah yang terbaik. Berikutnya penilaian keberkesanan dan tindakan untuk perbaikkan perlu diberikan lebih keutamaan.

Keempat, sebagaimana yang dijelaskan al-Quran manusia dicipta oleh Allah SWT daripada dua komponen iaitu jasad (benda) dan roh. Secara logik manusia yang terdiri daripada gabungan benda (jasad) dan roh ingin kepada keperluan yang bersifat benda roh (spiritual). Pengaruh daripada fahaman Barat yang membataskan manusia sebagai makhluk material melahirkan kefahaman segolongan masyarakat bahawa seolah-olah terdapat pengasingan antara keperluan material dan spiritual manusia. Hakikat sebenar manusia kepada Islam ialah tidak mungkin dapat kita pisahkan antara jasad dan ruh selagi manusia kekal sebagai insan. Dengan itu tidak wajar untuk difahami bahawa kehidupan kita boleh dipisahkan ada bahagian dunia dan ada bahagian akhirat. Apa yang jelas prinsip kewujudan manusia ialah kita dikehendaki untuk mempastikan bahawa segala usaha untuk memenuhi keperluan dunia mestilah pada masa yang sama memenuhi keperluan spiritual. Kita perlu sedar kepada prinsip asas Islam “Daripada Allah kita datang dan kepada Allah SWT kita akan kembali.” Oleh itu kita perlu pastikan kita sepenuhnya bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan.

Dalam konteks kehidupan bersifat ekonomi masyarakat Islam perlu menguasai dunia ini dalam setiap kegiatan dan pada masa yang sama menukar perjalanan dunia menurut landasan yang dikehendaki untuk memenuhi keperluan kehidupan akhirat (memenuhi keperluan spiritual). Dalam hubungan ini amat wajar untuk kita melihat dan memahami hasrat sebenar ucapan Saidina Umar yang bermaksud; “Berusahalah bersungguh-sungguh seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah seolah-olah kamu akan mati esok hari.” Rangkap pertama ucapan ini adalah tidak selaras dengan hakikat sebenar kehidupan manusia di mana tiada siapa yang akan kekal hidupnya di alam ini. Tetapi yang pasti ialah setiap orang akan mati. Oleh itu kesedaran kita yang wajar ialah untuk menghadapi keperluan rangkap kedua ucapan tersebut dan usaha yang bersungguh-sungguh yang perlu kita laksanakan mengikut tuntutan rangkap pertama ucapan sepenuhnya diarahkan untuk memenuhi keperluan tuntutan rangkap yang kedua ucapan tersebut.

Kelima, perlu juga untuk kita fahami sifat kita yang dijelaskan oleh al-Quran sebagai makhluk yang mempunyai dua identiti pada masa yang sama. Iaitu identiti individu dan identiti sosial yang begitu penting untuk difahami dalam usaha untuk membina kekuatan gerakan dan kegiatan yang dilaksanakan. Dalam dunia moden hari ini tiada individu dapat hidup secara bersendirian. Masing-masing saling berkaitan dan memerlukan antara satu dengan yang lain. Keadaan ini sebenarnya selaras dengan identiti individu yang dijelaskan oleh Islam yang perlu bersifat demikian tidak berada dalam kedudukan ekstrim mementingkan diri sendiri sahaja atau mementingkan kepentingan sosial dalam diri manusia menurut pandangan Islam bersifat asli dan tidak mungkin dapat dipisahkan sebagaimana digambarkan oleh hadis yang menjelaskan hubungan erat antara individu dan masyarakat.

Malahan atas sifat manusia yang mempunyai dua identiti inilah, Allah SWT telah menetapkan kepada setiap individu untuk mempastikan melaksanakan dua kewajipan iaitu ‘fard ‘ain’ dan ‘fard kifayah’. Dilihat dari sudut amalan ekonomi keperluan manusia kepada melaksanakan fard ‘ain dan fard kifayah begitu bermakna untuk melahirkan mereka yang lebih bertanggungjawab dalam segala tindakan yang dilakukan. Keperluan kepada kewajipan sosial (fard kifayah) kepada manusia tidak wajar dibataskan kepada pengertian biasa yang begitu sempit yang biasa disendakan dengan kata-kata “kalau orang lain telah laksanakan kita tidak payah.” Apabila keperluan fard 'ain dan fard kifayah dikaitkan dengan identiti manusia, pengertiannya menjadi lebih luas iaitu ia merupakan kesedaran sosial yang perlu tertanam dalam setiap diri dan perlu diberi pertimbangan sewajarnya oleh setiap individu walaupun dalam usaha memenuhi keperluan dirinya sendiri. Dengan itu dapat mempastikan tindakan individu dalam menghadapi kehidupannya akan lebih bertanggungjawab dan terhindar daripada melampaui batasan sosial yang dilarang.