I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Sunday, January 18, 2009

Kenali Rasululullah

Jarak masa di antara kita dan Nabi Muhammad s.a.w. sudah hampir 1400 tahun dan pengajian kita mengenai baginda baik dari segi batang tubuhnya atau juga dari lain-lain segi masih banyak yang belum rapat dan mesra. Besar kemungkinan bahawa cinta dan mesra terhadap baginda akan semakin pudar dan kehilangan tempat dalam jiwa kita dan ini besar bahayanya....

Satu ikhtiar mesti dibuat segera bagi menghadapi kemungkinan buruk ini.Bulan Rabi'ulawal selalunya memegang peranan penting untuk ini. Dia mempunyai daya penyusup ke dalam jiwa yang masih hidup untuk ingatan kita.
Seperti juga Ramadhan , banyak membuat orang terpegun lama di hadapan Al-Quran Al-Karim dengan penuh khusyu' dan insaf di malam-malam
harinya.


Apa kata kalu kita berhenti sejenak menatap wajahnya yang mulia dan jasadnya yang diberkati, mana tahu selera kita bertambah dan sayang mesra makin mendalam lagi.


Sifat-sifat TubuhNya Yang Mulia Di antara keistimewaan-keistimewaan penganut Islam yang begitu banyak ialah
menyiapkan sebuah rekod khusus mengenai bentuk fizikal jasad Rasulullah
Nabi kesayangan mereka secara lengkap dan penuh perincian.


Dunia tidak akan ketemu dengan sebuah fail yang begitu kemas dan lengkap dalam pekara yang serupa terhadap batang tubuh mana-mana pemimpin dunia diseluruh alam termasuk mana-mana nabi zaman dahulu seluruhnya.
Kesayangan manuasia (sahabat) terhadap Nabi Besar Muhammad menyebabkan segala apa
mengenainya lebih-lebih sifatnya telah disurat dan dirakam dalam semua kitab, Sunanulsitta khususnya dalam Al-Zarqani dan Al-Syama'
Al-Imamal-Tarmidzi Rahmahullah. Hasil dari itu maka seorang manusia
muslim
dengan segera dan tidak teragak-agak akan dapat mengenali Nabinya
sekarang
kalau ditakdirkan baginda hidup balik dan terserempak denganNya dimana
sahaja dan bila-bila pun.


Dibawah ini kita ringkaskan sedikit sifat-sifat tubuhnya.


Rasulullah dikurniakan sebatang tubuh yang tegap dan kacak (Murabba'
Al-Qamah) cahaya kulitNya putih kemerahan-merahan. Ukuran tingginya
seimbang dan sederhana, bila melangkah berjalan, maka seakan menurun
dari
tanah tinggi kata sahabatnya. Rapi dan penuh dengan kesungguhannya.
(Keadaan ini selain dari sebab-sebab bentuk tubuhnya yang tegap dan
sihat
maka ianya mencerminkan hasrat jiwanya yang tidak pernah kekosongan.
Ada
orang yang berbadan tegap dan rangkanya mengerunkan. Namun hentakkan
kakinya tidak bermaya dan tidak tentu arah sahaja.. bila diajak
bercakap,
maka jelas nampak rupanya jiwa dia kosong, tidak punya program hidup
sebab
itu dia merayau-rayau membawa kaki sahaja.


Bagi Nabi Muhammad setiap detik umurnya penuh tepu dengan kerja. Maka
anggotanya pun turut hidup dan menghayunkan rentak yang aktif.


Wajahnya cantik berseri dan sentiasa senyum mempunyai perwatakan yang
menarik. Pernah sahabat-sahabatnya menatap wahajnya lama-lama kemudian
menengadah kelangit merenung bulan ppurnama untuk menentukan mana satu
yang
lebih berseri.


Ditengahnya terpacak sebatang hidung yang comel tirus memancong.
Kerongkong
matanya terpahat luas menampakkan bulatan mata hitamnya dengan jelas.
Bahagian putihnya yang terpaut sekeliling menambahkan lagi seri
wajahnya.
Dari atas melebat turun rambut ?rambut hitam berikal mayang mencecah
bahu.
Janggutnya yang hitam dibiarkan tumbuh dengan galaknya dikeliling
kawasan
muka, manakala misainya dipapas berandam bagi menampakkan sikap
kelakian
yang arif agaknya. Bila panjang menghulur lebih dari genggan jarinya
terus
dipotong serta dipesannya supaya umatnya juga berbuat begitu, supaya
kamu
mempunyai watak dan syaksyiat muslim yang tidak serupa dengan kafir
musyrik
katanya.


Giginya tersusun gagah . tentang putih bersihnya jangan ditanya kerana
bersugi itu besar pahala mengikut ajarannya. Dan baginda sendiri sangat
acap bersugi sampai saya bimbang takut giginya haus ujar seorang
isteri.
Bau mulutnya yang manis-manis anak itu membuat orang suka duduk dekat
badinda berpidato. Yang anih bau peluhnya juga begitu. Pernah seorang
perempuan tua , umu-aiman menyiapkan sebuah botol kecil, nasib-nasib
dapat
menyimpan peluh baginda didalamnya.


Diatas dadanya yang luas bidang itu terdapat banyak bulu-bulu gagah.
Arus
suburnya menali turun kebahagian bawahan perutnya. Manakala perutnya
tdak
besar berlabu tapi kemas dan sama kempis dengan bahagian dadanya. Di
bahagian belakang dicelah dua tulang kipasnya menimbul sebiji butuir
sebesar telur burung kecil bertulis Allah dan dikenali sebagai "Mohor
Kenabian". Mengikut cerita lama butir ajaib inilah menyebabkan seorang
Padri di negeri Syam mengesa bapa saudaranya Abu Talib yang sedang
menjalankan urusan perniagaan bersama Nabi yang masih berumur dua belas
tahun itu, suapaya cepat membawanya balik ke Mekah, jangan sampai
ketara
oleh Yahudi berdebah disini.


Mimpi Jumpa Nabi


Pada dasarnya Islam menerima kebenaran mimpi dengan syarat-syarat yang
tertentu. Dia adalah satu-satunya saluran ghaib yang masih ada untuk
manusia meninjau-ninjau ke alam seberang sana. Kerana kenabian sudah
tamat,
apa yang ada ialah khabar-khabar gembira atau mimpi sallih yang dapat
dilihat oleh seorang mukmin, maksud satu hadis dengan sabdanya:


"Sesiapa yang bermimpi melihat akau setelah aku mati, maka seolah-olah
dia
melihat akusewaktu aku masih hidup, kerana Syaitan tidak akan berdaya
meniru contoh rupaku'.


Memang bertuah kalau anda dikurniakan sekali lagi mimpi begini.


Nabi Kenal Kita Di Akhirat?


Jarak masa di antara kita sekarang dan Rsulullah telah begitu jauh
jurangnya. Apa sempatkah Rasulullah mengenali kita dicelah-celah
semak-samun manusia yang berhimpit-himpit di padang Mahsyar nanti???


Satu soalan yang mungkin meletus dikepala kita, dan kebetulan telah pun
meletus di dalam kepala seorang sahabat Rasulullah dizaman hayatnya
dulu,
lalu menyoalnya terus. Untuk meredakan kerunsingan sahabatnya yang
bimbangkan nasib anak cucunya yang lahir selepas kematian Nabi itu ,
Baginda membuat satu kias yang dapat dimengertikannya sendiri,
katakanlah
tuan memelihara seekor kambing berwarna hitam bercampur dengan
kambing-kambing jiran disebelah yang beribu-ribu ramainya tapi
kesemuanya
berwarna putih belaka. Sukarkah tuan mengenali kambing tuan ? jawab
sahabat
: tentu tidak sukar ya! Saya pun begitu juga. Umat-umat saya akan
dibangkit
dari kubur masing-masing lengkap dengan tanda-tandanya sekali. Iaitu
kakitangan mereka cantik berseri oleh kesan air wudu'k .


Sudahkah anda berwudu'k?


Akhir sekali bolehkah kita sendiri mengenali baginda, sedangkan kita
tidak
pernah bertemu wajah dengannya?


Mengikut hukum adat, memang boleh bahkan lebih mudah bagi orang ramai
mengenali orang seseorang. Untuk menguatkan lagi, sila tatap sebuah
hadiyh
yang di bawa oleh Imam Al-Bukhari sendiri bermaksud: Bila selesai
urusan
menanam seorang mayat, datanglah malaikat-malaikat yang di tugaskan
khusus
sambil menanya; Awak kenal siapa orang ini? Sambil menunjukkan
gambaran;
satu lembaga manusia kiranya yang di soal itu dari kalangan mukmin,
maka
dengan senang dia menjawab bahawa; Inilah Muhammad. Dia diutus kedunia
mengajarmu agama Allah. Saya sendiri telah menjunjung segala apa yang
diajarnya dengan penuh keyakinan.


Sebaliknya kalau sidia itu dari kalangan kafir atau munafik. Maka
jawabnya:
Oh! ??? saya dengar khabar orang ini ialah Muhamad. Belumpun sempat dia
berceloteh lebih panjang, sebatang tongkat besi telah melayang singgah
di
kepala nya serta ditempelak.


Begitu lama kamu hidup di dunia menghirup segala rupa rezeki Allah dan
mencebuk segala kesenangan hidup. Tapi kamu cuma main dengar khabar
sahaja
? Maka sambung menyambung lah segala rupa azab sengsara keatasnya.
Sekarang
sudahkah tuan kenal Nabi Muhammad siapa orangnya ?

Unit Dakwah USKT Central Region