I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Thursday, August 18, 2011

Konsep EHSAN dalam penghayatan Ramadhan



Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang diriwayatkan daripada Umar bun Khatab r.a menjelaskan makna Ehsan bermaksud kamu beribadat seolah-olah Allah melihat kamu, jika kamu tidak melihat Allah maka ingatlah sesungguhnya Allah melihat kamu. Dalam hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa konsep ehsan itu ialah kita beribadat seolah-oleh kita sedang diperhatikian oleh Allah s.w.t. 


Alangkah indahnya hidup ini jika setiap amal ibadat yang kita laksanakan kita dapat rasai bahawa Allah sedang memerhatikan kita. Jika setiap insan benar-benar memahami konsep Ehsan dalam kehidupan kita maka akan lahirkah masyarakat yang madani. Ini kerana manusia akan takut melakukan perkara yang mungkar kerana menyedari bahawa Allah sedang memerhatikan mereka.



Dalam konsep ehsan sebenarnya mendidik umat Islam supaya sentiasa berjaga-jaga dalam setiap tingkah laku kita. Sebagi contoh, dalam bulan puasa ini jika tanpa konsep Ehsan dalam diri nescaya ramai yang berpuasa hanya dikhalayak ramai semata-mata tetapi jika tiada orang disekelilingnya maka dia akan makan dan minum kerana dia tidak rasa adanya Allah dalam diri mereka dan sedang memerhatikan mereka.


No comments: