I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pages

Thursday, May 21, 2009

DASAR PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA 2

Assalamualaikum, kembali lagi kita membincangkan mengenai dasar pendidikan Islam di negara kita ini. Semua sedia maklum bahawa sistem pendidikan kita ini adalah sistem yang dicanang oleh penjajah bagi memastikan negara jajahannya akan mengikut telujuk mereka. Kita perlu sedar bahawa walaupun negara kita telah merdeka tapi hakikatnya jiwa dan raga kita masih lagi dijajah. Penerapan sistem pendidikan barat telah banyak memberi kesan kepada tahap pemikiran rakyat negara kita.

Matapelajaran Islam dengan matapelajaran lain telah dipisahkan seolah-olah ia tidak ada hubung kait pun. Padahal pada hakikatnay semua ilmu tersebut ada hubung kaitnya dengan Islam. Pendidikan pondok telah dilemahkan fungsinya sedangkan ramai cendikiawan Islam yang lahir dari istitusi yang tertua di Malaysia ini. Masyarakat telah diracuni pemikiran mereka dengan mendakwa sistem pendidikan pondok ini tidak ada masa depan dan hanya layak untuk golongan yang miskin dan orang kampung sahaja.

Sistem pendidikan barat diagungkan. Mereka pendakwa hanya pendidikan barat sahajalah yang akan membawa kemajuan sesebuah negara. Sistem yang berlandaskan peperiksaan semata-mata telah menjadi pilihan masyarakat. Natijahnya pelajar itu hanya cemerlang dalam pelajaran tetapi gagal dari sudut akhlak dan moral. Ini berpunca daripada tidak ada penerapan yang khusus dari sudut pendidikan Islam. Pendidikan Islam hanya dijadikan syarat semata-mata bagi mengaburi mata masyarakat.......

sama-sama kita renungkan!!!!

No comments: