Tuesday, March 24, 2009
ANTARA ILMU DAN AMAL : DIMANA MAHASISWA????????
salam perjuangan, pada kali ini mari lah kita sama2 menumpukan perhatian kita kepada isu yang agak "panas" dan sangat wajar diperbincangkan , pautan antara ilmu dan amal ; dimanakah mahasisiwa????????. apa yang saya timbulkan persoalan ialah adakah mahasiswa kini telah mengabungkan antara ilmu dan amal. Jawapannya "ya" dan "tidak". jawapannya ya apabila kita melihat segelintir mahasisiwa yang beramal sebagaimana ilmu yang ada pada mereka. ini dapat dibuktikan melalui gerakan2 mahasiswa di kampus yang lantang mempertahankan hak mereka sebagai mahasiswa dan warga malaysia. realiti sekarang ini mahasiswa dikongkong dengan pelbagai peraturan dan tindakan sekiranya tidak mengikut peraturan pihak berwajib. akan tetapi bagi mahasiswa yang merasakan ilmu yang mereka pelajari sudah sebati dalam diri mereka maka cuba mempertahankan prinsip yang saya kira bertepatan dengan seorang yang bergelar seorang mhasiswa. Mahasiswa yang sebenar ialah mahsiswa yang berani mempertahankan maruah dan hak mereka daripada di cabul oleh sistem yang tidak betul. kembali kepada jawapan seterusnya iaitu "tidak" merupakan mahsisiwa yang hanya tujuan utama mereka masuk universiti ialah untuk mendpatkan ijazah atau paling tinggi PHD semata2 tanpa memikirkan paduan antara ilmu dan amal. meraka tidak menganbil kisah langsung tentang keadaan semasa samada di kampus ataupun di luar kampus. apa yang menjadi fokus mereka ialah sijil.sijil dan sijil sahaja. lebih malang lagi apabila mereka tidak menjadikan ilmu itu sebagai pakaian mereka. maka tidak peliklah jika kita mendengar pelbagai cerita negatif mengenai mahasisiwa seperti gejala dadah, gengster dan banyak lagi yang saya rasa tidak terfikir ia dilakukan oleh seorang yang bergelar mahasisiwa. mungkin sekadar ini dahulu buat masa ini. saya mohon respon dari kalian semua.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment