Monday, March 30, 2009
AURAT : ANTARA FESYEN DAN IBADAT
SALAM PERJUANGAN, kali ini mari kita sma2 membincangkan satu lagi ISU yang agak hangat diperbahaskan iaitu mengenai "aurat : antara fesyen dan ibadat".. kebelakangan ini kita sering melihat lahirnya pelbagai fesyen pakaian tidak kiralah untuk lelaki atau perempuan. apa yang membimbangkan fesyan yang diketengahkan agak melampau sehingga melangkau adab2 ketimuran dan yanng paling penting telah melanggar tuntutan agama ISLAM. Yang paling membimbangkan apabila budaya berfesyen yang keterlaluan ini telah merebak kepada anak2 muda khususnya yang bergelar mahasiswa. Fesyen yang diperagakan agak keterlaluan sehinggakan kita yang melihat berasa malu sedangkan empunnya diri dengan suka hati memperagakan fesyaen tersebut. lebih memalukan ada seegalintir mahasiswa Pegajian sllam yang tidak terkecuali terjebak denga budaya yang berfesyen ini. Sebenarnya mereka memang sudah arif tentang adab2 pemakain ini tetapi kerana kalah kepada nafsu atau kejutan budaya mereka tidak menghiraukan tuntutan agama. agak malang bagi seorang mahasiwa islam yang berfesyan mengikut kehendak nafsu berbanding mengikut kehendak agama. Melalui ruangan ini saya ingin mengajak seluruh mahasiswa khususnya mahasiswa Islam supaya bermuhasabah diri bahawa kahidupan kita ini tidak lama dan sudah pastinya akan mati seterusnya menemui Rabbul Jalil dan akan dipersoalkan setiap tindak tanduk kita ketika berada di dunia. Takutlah dengan azab Allah !!! marilah kita sama2 berpakaian atau berakhlak sebagaimana agama Islam tuntut, janganlaj kerana menurut hawa nafsu kita membelakangkan agama. nantikan sambungannya.............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment