Saturday, March 7, 2009
WASATIYYAH DALAM MENGKRITIK ULAMA'
Wasatiyyah dari sudut bahasa ialah bersederhana, dewasa kini kita sering mendengar pandangan-pandangan atau pendapat-pendapat yang agak ekstrem dalam mengkritik ulama'. Isu yang dimaksudkan termasuklah isu agama mahupun isu2 semasa. Apa yang menjadi persoalan kita, pandangan yang dikemukakan agak radikal sehinggakan masyarakat agak keliru dengan pandangan yang di utarakan. Keadaan sedemikian amatlah dikesali kerana akan menyebabkan masyarakat akan berpecah-belah sehinggakan berlaku tuduh-menuduh antara satu sama lain demi menegakkan pandangan masing2. Dalam ruangan ini marilah kita merenung dimanakah punca masalah ini berlaku. Sebenarnya wasatiyyah begitu penting dalam menyelesaikan masalah ini. Apa yang kita lihat sekarang ini sifat wasatiyyah telah diabaikan dalam mengeluarkan sesuatu pendapat. Sebagai contoh golongan yang menggelar diri mereka "ahli Salafi" yang mana kononnya merekalah pejuang kepada menentukan hadith2 atau sesuatu hukum itu dengan mendatangkan hadith2 yang sahih malahan golongan ini juga cuba mengkritik ulama' muktabar kononnya mereka ini membawa hadith2 yang dhaif dan palsu. MasyaAllah !!! siapakah kita untuk mengkritik ulama; seperti Imam Syafei. Imam Ahmad Ibnu Hanbal dan ramai lagi. Siapakah kita jika dibandingkan dengan mereka. Dimanakah adab kita dengan imam2 ini. Dengan senang golongan ini mengkritik ulam'2 ini. Disini sifat Wasatiyyah perlu ada dalam diri kita. Walaupun sesuatu perkara itu kita anggap salah kita tidak boleh terus meghukun mereka sebagai pesalah . Adakah ilmu yang kita ada sudah mampu menyaingi pendapat/ijtihad ulama' tersebut????
siapalah kita jika hendak dibandingkan dengan mereka. Oleh sebab itu saya menyeru kepada pengkritik ulama' ini supaya berfikir sebelum bertindak, janganlah sampai apa2 yang kita buat sebenarnya membuka pekong di dada iaitu menunjukkan keBODOHan kita....wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment